confirm nangis!

surat dah dapat
confirm dah 29.11.10 ni kena daftar kat Intan Bukit Kiara
utk Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

kursus lama sungguh..sampai 15.7.2011
paling ralat sebab tak dapat sambut birthday aisy yg ke-2 pada 06.05.2011
sedih tak dapat nak tengok pembesaran dia

kena tinggal umah, hujung minggu je boleh balik
tu pun tak confirm, bergantung kebenaran pihak Intan

tapi awal2 dah bagitau, lepas register 29/11 ni, 2 minggu aku tak leh balik
mesti parah laaa mak-mak kat dalam course tu nanti

rasanya mak-mak kut yg terdera emosinya..maklumlah wanita..
penuh dengan kelembutan dan halus perasaannya


***

aisy hafiy bin ahmad husaini
sepanjang ketiadaan mommy nanti, aisy duduk ngan daddy yer
behave yourself, sian daddy kena jaga aisy sorang2

aisy makan minum main mandi tido 
semua ngan daddy yer
jgn susahkan daddy..

mommy bukan sengaja tapi mommy terpaksa
tuntutan tugas mommy membuatkan kita terpaksa berjauhan
tapi percayalah sayang
berat hati mommy untuk berjauhan walau sesaat pun dari aisy
even pagi2 hantar aisy kat umah pengasuh pun mommy sedih jer

jangan cari mommy ye nak
jangan cari mommy kat dapur, mommy takde 
jangan ketuk pintu bilik air, mommy takde
jangan selak langsir, mommy memang takde 

weekend bila mommy dapat pelepasan
mommy balik jumpa aisy
mommy balik peluk aisy
mommy balik cium aisy

aisy boleh main kejar2 ngan mommy
boleh main blocks ngan mommy
boleh melukis ngan mommy
yang penting boleh tido atas lengan mommy

aisy hafiy bin ahmad husaini
awaklah pengarang jantung mommy
separuh jiwa mommy ada pada aisy
walau kita jauh, nanti malam kita video conference sama2
kita sembang sama-sama

tapi mommy isau
takut aisy nangis tgk mommy dalam screen
takut aisy cium screen tu
macam aisy cium mommy sekarang


***

sabarlah wahai hati
hati seorang ibu
yang penuh dengan keresahan dan gundah gulana
kerana terpaksa meninggalkan anak tercinta

namun hati,
kerana kerja kita kena turutkan jua
semoga di sana nanti
kau kuat dan tabah menghadapi perpisahan ini
dan semoga kesabaran itu diganti dengan kebaikan
buat suami dan anak yang ditinggalkan buat sementara waktu..
semoga allah merahmati,melindungi dan memberikan kesihatan yang baik buat mereka
sepanjang ketiadaan kita nanti..amin..

27 comments:

Ena said...

huhu..
camtu la gayanya tergolong dalam kump profesional.. tapi tak pe.. InsyaAllah.. ada je peluang nak balik jenguk aisy nanti..

ibu memg penuh dengan emosi.. kompem la nangis rindu tu..

Ana Lyana said...

sabarla ina...hehe..
nanti aisy leh dtg umah aunti...main2 sama2 ngan dani..kan...

Ayuraza said...

alahai..
i da leleh....sensitip plak sejak jd ibu ni..ke da tua???..hehe

mummy-aulia' said...

huk huk..nnt kita nangis sama2 weh..hopefully kita 1 sidang..aku pun nnt missed 1st birthday aulia'.lagila sangat sedih..huaaaa

smms said...

alahai sedihnya .. bersabar dan bertahan ya .. bila dah berfamily yang paling takut dan tidak happy adalah saat berjauhan kan .. perit tapi terpksa .. i rasa pa u rasa skang .. tapi jauh dari anak lagi cerita same w my hubby .. he suffer now ..

Umie said...

alahai..sedih jer n3 ni...

said...

selamat berkursus..

=D

Queen said...

semoga selamat semuanya.. k!
hope aisy and mommy be stronger than ever..

Anonymous said...

salam..

selamat berkursus..:)

Lady of Leisure said...

selamat berkursus and take care k.. hopefully semuanya akan berlalu dengan cepat...

Unknown said...

ena, terpaksa huhuhu..

Unknown said...

honeysour, insya allah nanti aku usulkan kat husen,thanks menjemput ^_^

Unknown said...

ayuraza, bukan tua..memang sensitif kalau sebut bab2 anak ni kan..

Unknown said...

mummy aulia, takkan dia nak pecah2 sidang..kita bukan ramai pun tapi kalau nak pecah jugak aku doakan kita sama sampai habis course aminn

Unknown said...

smms, tu la kan..situasi i sama cam hubby u..rindukan anak..tp i rasa huby u lagi terseksa emosinya sebab jauh terpisah antara dua negara

Unknown said...

umie,memang sedih sgt2 :(

Unknown said...

yanie, thanks ^_^

Unknown said...

thanks queen ^_^

Unknown said...

sekamar rindu, thanks cikgu

Unknown said...

lady, memang nak sgt masa spinning laju2 supaya sampai tarikh 15/7/2011

azimah fauzy said...

Imah paham Ad. bila ada anak ni, memeng semua benda nak buat pk kan anak. sabar ye. sekejap je tu. pejam celik dah cukup 6 bulan. Aisy jgn nakal2. jaga daddy untuk mummy. hehe. free2 nanti daddy bawak Aisy pegi lawat mummy kat intan.

imal's said...

sabar ye ina. hati ibu2 ni mmg mudah tersentuh. Demi tuntutan tugas kena akur.

CikPuanMiera said...

alahai.
cam xsangguh je kalo kene kat diri sendiri.
tapi xpe, untuk masa depan family kan. :)

salam kenal

Unknown said...

imah, aisy cpt boring duk dalam car seat dia..takut ganggu daddy nak drive, putrajaya-damansara jauh jugak tu

Unknown said...

ye lah imal,demi tugas..huhu

Unknown said...

salam kenal cik puan miera,thanks for coming here ^_^

aiDieNa said...

Sedihnya Ina.. paham sangat perasaan tu.. bukan senang jadi ibu kan.. kalau boleh tanak berpisah walau sesaat pon... kompem rindu²an... tingat masa kena p kursus lepas pantang si Aisha dulu.. malam² nangis ingat kat anak.. ingat kat laki.. huhuhu...

instagram adlinahomemadescrub


up