surat dah dapat
confirm dah 29.11.10 ni kena daftar kat Intan Bukit Kiara
utk Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)
kursus lama sungguh..sampai 15.7.2011
paling ralat sebab tak dapat sambut birthday aisy yg ke-2 pada 06.05.2011
sedih tak dapat nak tengok pembesaran dia
kena tinggal umah, hujung minggu je boleh balik
tu pun tak confirm, bergantung kebenaran pihak Intan
tapi awal2 dah bagitau, lepas register 29/11 ni, 2 minggu aku tak leh balik
mesti parah laaa mak-mak kat dalam course tu nanti
rasanya mak-mak kut yg terdera emosinya..maklumlah wanita..
penuh dengan kelembutan dan halus perasaannya
***
aisy hafiy bin ahmad husaini
sepanjang ketiadaan mommy nanti, aisy duduk ngan daddy yer
behave yourself, sian daddy kena jaga aisy sorang2
aisy makan minum main mandi tido
semua ngan daddy yer
jgn susahkan daddy..
mommy bukan sengaja tapi mommy terpaksa
tuntutan tugas mommy membuatkan kita terpaksa berjauhan
tapi percayalah sayang
berat hati mommy untuk berjauhan walau sesaat pun dari aisy
even pagi2 hantar aisy kat umah pengasuh pun mommy sedih jer
jangan cari mommy ye nak
jangan cari mommy kat dapur, mommy takde
jangan ketuk pintu bilik air, mommy takde
jangan selak langsir, mommy memang takde
weekend bila mommy dapat pelepasan
mommy balik jumpa aisy
mommy balik peluk aisy
mommy balik cium aisy
aisy boleh main kejar2 ngan mommy
boleh main blocks ngan mommy
boleh melukis ngan mommy
yang penting boleh tido atas lengan mommy
aisy hafiy bin ahmad husaini
awaklah pengarang jantung mommy
separuh jiwa mommy ada pada aisy
walau kita jauh, nanti malam kita video conference sama2
kita sembang sama-sama
tapi mommy isau
takut aisy nangis tgk mommy dalam screen
takut aisy cium screen tu
macam aisy cium mommy sekarang
***
sabarlah wahai hati
hati seorang ibu
yang penuh dengan keresahan dan gundah gulana
kerana terpaksa meninggalkan anak tercinta
namun hati,
kerana kerja kita kena turutkan jua
semoga di sana nanti
kau kuat dan tabah menghadapi perpisahan ini
dan semoga kesabaran itu diganti dengan kebaikan
buat suami dan anak yang ditinggalkan buat sementara waktu..
semoga allah merahmati,melindungi dan memberikan kesihatan yang baik buat mereka
sepanjang ketiadaan kita nanti..amin..