tips - pegawai tadbir dan diplomatik (pac)

sekarang ni bila tengok keyword ada org cari pegawai tadbir dan diplomatik (PTD)
untuk sesiapa yang tidak tahu, ptd ni kerja ngan kerajaan..salah satu skim dalam perkhidmatan awam yang bermula dengan gred M41

sebelum ni ina pernah post tips macam mana nak pergi interview ptd
kali ni ina nak berkongsi tips untuk PAC

ringkasnya, untuk menjadiri ptd, kena pegi exam, dah lulus dipanggil pegi PAC kat mana-mana INTAN terdekat, dah lulus dipanggil untuk interview

berbalik kepada PAC..nak dibandingkan masa ina dulu dengan sekarang mungkin sedikit berbeza.. during my time, PAC selama 3 hari, sekarang ni 1 hari je kot..

yang ingin ina kongsikan ialah konsep pac tu dan beberapa pantang larang semasa di sana..my tips are applicable both for ladies and guys =D

1. dari segi pakaian:

# tidak perlu suite 3 piece ke apa ke..cukup dengan baju kurung dan kebaya bagi perempuan dan lelaki, kemeja dan seluar slack

# ingat, 1st impression sangat penting jadi warna pakaian / make up hendaklah sesuai..baju kalu dapat warna cerah dengan make up yang dikenakan minimal, sangat digalakkan..bagi lelaki pastikan uols cukur bersih yer..agak2 bibir hitam sebab rokok, cari la solution macam mana nak cerahkan sikit bibir tu.

sebut pasal rokok nih, diingatkan sekeras-kerasnya jangan cuba nak merokok semasa PAC atau pun bila dah balik bilik, memang markah kena potong nanti.

# untuk ladies yang free hair, make sure anda tidak blonde kan rambut anda yer..kalu nak warnakan pun, warna dengan kaler yg gelap2 jer..jangan lupa sanggulkan dalam sanggul net tu..

2. ingat, anda dinilai sebaik sahaja anda masuk ke dalam kawasan INTAN tu.

# kalau bawa kereta, masuk je INTAN, drive slowly k..hopefully korang tak bawa keeta yg korang modified sebatu org dah dengar bunyi enjin dia..tapi kalau memang keta sport, takpa lah..

# behave! kalau kat luar, ko lah yang paling gila2, ko lah paling sporting gelak kuat2..tapi masa ko pegi PAC ko lah yang paling alim baikkk sekali

ina bukan nak suruh jadi hipokrit, just behave, berpada-pada bawa diri sebab persoaliti adalah kunci utama untuk anda berjaya ke tahap seterusnya..

3. semasa penilaian secara formal

# iaitu semasa anda masuk ke kelas, ada penilai-penilai..sewaktu task diberikan, korang cuba lah perform sebaik mungkin yer..kalau diminta berbincang secara berkumpulan, bincang elok2 na..jangan gaduh2..jangan berbahas..kalau ada perbezaan pendapat, cater perbezaan tu dengan matang..keputusan akhir bukan matlamatnya, yang penting depa nak tgk kita ni cool ke tak..

dan paling penting jangan cuba nak conquer perbincangan tersebut..beri laluan kepada semua ahli kumpulan untuk menyuarakan pendapat masing-masing

# bila ada ucapan umum, ada public speaking..cuba bercakap berdasarkan point. contohnya: "pendapat saya yang pertama bla bla bla "

# bila berbahas ala parlimen, jangan bergaduh sama sekali macam parlimen dok bersidang la nih..be profesional dan lontarkan pendapat dengan bernas dan tepat tanpa provok pihak lawan.

minta izin laluan bercakap, bila pengerusi a.k.a speaker bagi laluan baru bercakap ye..

apa lagi yer..

petang mungkin ada sukan..
enjoy urself..jgn pressure sangat walau pun masing2 memang tertekan sangat sebab terpaksa bersaing sesama sendiri untuk jawatan ni..
kalau ada yg injured, tolong, jgn korang lagi lari jauh2 tinggalkan dia..even terpaksa jadi yang terakhir sebab tolong papah org sakit tu, tak pe babe..

erm..kalau ada apa2 lagi yang ina nak tambah, nanti ina tambah kat ruangan komen..kalau nak tanya apa2 tanya lah..tak kisah =D

eh ha..pasal masa

mesti sampai awal
mesti buat apa pun kena datang awal
awal 15 minit dari masa yang ditetapkan ye


3 comments:

ms whatever said...

this job is very not suit to me.. aiyohhh -.-"
kna reti bercakap dpn owang, huh, fail!

Unknown said...

eh mana tau nanti personaliti hang dah berubah, boleh apply =D

Unknown said...

hopefully kan..entry ni sedikit sebanyak boleh tolong kawan baru yang emel tanya pasal pac nih..

instagram adlinahomemadescrub


up