masuk kali ke dua aisy admitted di KPJ kajang
pertama kali masa bulan februari, ada jurnal tentang kisah pengalaman pertama kalinya di sana
26/3/2010 530pm
ina sampai di rumah pengasuh aisy untuk fetch dia, eh running nose..tanya pengasuh aisy, ye..dia kena selsema..tak pasti kalau ada budak lain yang menjangkitinya
balik rumah bagi makan ubat selsema, tapi sehingga malamnya hidung aisy tetap berair ditambah dengan batuk yang sangat teruk
27/3/2010 1130am
kami ke Kajang medical centre (KPMC) berjumpa dengan paed, dr afifah
doktor tersebut memaklumkan bahawa aisy bukan dijangkiti virus selsema, cuma alergik terhadap cuaca sekarang..doktor afifah nasihatkan kami supaya tidak membawa aisy ke tempat awam bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk..
kami pulang dengan dibekalkan sebotol ubat selsema walaupun mentioned aisy alami batuk-batuk yang teruk..
balik ke rumah, aisy makan ubat ikut aturan..
8pm
keadaan batuk aisy makin teruk
setiap 5 minit aisy akan batuk, hingga terjaga dari tidur
selsemanya juga semakin teruk
nampak susah sangat dia nak bernafas
12am
ina dan suami decided nak bawa aisy ke kpj kajang
kemas barang-barang takut kena admit
28/02/2010 1am
kami tiba di kpj kajang
medical officer waktu itu decide untuk bagi gas dan aisy perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut
kami memilih dr asmuni kerana sebelum ini aisy dirawat olehnya
malam itu, aisy menangis semahunya ketika gas diletakkan ke mukanya
tujuan gas tersebut adalah untuk mencairkan kahak dan memudahkan aisy untuk bernafas
830am
dr asmuni datang melawat
aisy perlu menjalani proses fisioterapi
dalam pada itu setiap 4 jam gas diletakkan dimukanya untuk mencairkan kahak
setiap 12 jam pula ada lagi sejenis gas yang diletakkan untuk merawat peti suaranya yang membengkak
29/03/2010 - 31/04/2010
aisy melalui hari-hari di hospital dengan menjalani rawatan fisioterapi
aisy akan dibedung ketat dan sekitar kawasan paru-parunya ditepuk depan dan belakang selama 15 minit tanpa henti
setelah itu, tiub-tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rongga hidung dan mulut, kahak disedut..
sedih sangat-sangat..tak dapat nak dibayangkan derita aisy semasa proses rehab berlangsung
ina tak tahan tengok.. :'( dia terus-terusan menangis hingga prosedur tersebut selesai..
proses sedut kahak berlangsung lebih kurang 15 minit, banyak kahak/lendir yang berjaya dikeluarkan..mustahil tanpa proses sedutan tersebut..dapat aisy keluarkan dengan sendirinya
nak tak nak ina terpaksa setuju proses sedutan tersebut dilaksanakan,
bagi mengelakkan keadaan aisy bertambah buruk
naik ke bilik.. dia tidur dengan nyenyaknya..mungkin lega..mungkin letih menangis..
tok mama aisy sampai dari kedah 28/03/2010.. terima kasih banyak-banyak sebab tok ma sudi ambil cuti dan datang temani aisy dan ina di hospital
01/04/2010
seperti biasa dr asmuni datang melawat..
alhamdulillah, banyak improvement
dr cakap by noon aisy dah boleh discharged
lepas rawatan gas dan makan ubat]=
aisy boleh balik..ina tunggu daddy yang sampai dalam pukul 3pm
.
.
.
.
.
.
02/04/2010 1146pm
aisy masih diulit mimpi dalam tido yang indah..ceeewah..
tapi sekali sekali batuknya tetap ada
hingga mengganggu tidur lena
selsema semakin kering
tapi bila dia bernafas masih boleh didengari kahak yang ada di dalam
ubat belum makan lagi..
lepas ni..
sesi menangis akan bermula
11 comments:
ya Allah sian nya aisy...moga aisy cepat sembuh k...
Salam..
PATUT la sepi jer blog nie.. Aisy serious x sihat rupernye sampai kene warded.. sgt kesoan bile anak sakit kan!.. perlukan lebih perhatian.. btw.. ina pun perlukan banyak rehat utk uruskan aisy kan!.. sabar ye..
Moge aisy cepat sembuh!!
fisa & ena, terima kasih banyak2 atas doa kalian untuk aisy. he's getting better each day..cuma susahnya bila nak bagi makan ubat, jenuh berperang dengan dia hihi =D
kesiannya aisy..semoga aisy cepat sembuh yer ina...
siannya...get well soon dear aisy...
aisy xsihat rupanya ye.. patut le sepi je..
get well soon ye dearie aisy
part makan ubat tu, hehe, arissa pun slalu wat drama gak.. ;D
kesiannya aisy... no wonder sunyi sepi blog ni... hope aisy cepat sembuh... you too need a rest ye.. take care.. :)
umie, lama tak nampak =D
kak long, tq ek doakan aisy
imah,kekadang tu siap kena picit lagi mulut dia..la ni dah kuat meronta, daddy dia la kena pegang..
lady, i rasa sangat letih sebenarnya..tido tak cukup and asal nangis je..aisy mula la panggil i maaaa..maaaa..selagi i tak dukung dia tak berenti laaa meraung-raung
Post a Comment