aisy hafiy, maafkan mummy


aisy, semua ni adalah kompilasi gambar-gambar semasa aisy dimasukkan ke hospital kpj kajang pada bulan lepas sebab demam panas dan selsema yang teruk..
mummy terpaksa merelakan aisy dibedung dengan erat dan membiarkan fisioterapi menepuk-nepuk dada dan belakang aisy untuk mengeluarkan kahak

mummy ada kat situ aisy..cuma aisy tak nampak..sengaja mummy berselindung dengan air mata berjurai melihat anak kesayangan mummy dibuat begitu..mummy tau, lagi aisy nampak mummy, lagi kuat tangisan aisy..aisy nak mengadu kat mummy ye..aisy nak minta tolong dilepaskan dari bedung yang ketat itu kan..mummy tahu sayang..

mummy nampak mata aisy meliar ke sana ke mari mencari mummy :(
mummy cuba menepuk-nepuk dada mummy sendiri seperti mana fisioterapi tersebut buat kat aisy..ternyata..mummy sendiri tak tahan rasa kesakitan tu..

aisy, tabah ye nak..sesi fisio 15 minit tersebut utk kebaikan aisy jua..


balik ke bilik.. sekali lagi aisy menangis..kelemasan dalam wap gas tersebut..aisy meronta mahu dilepaskan..aisy, mummy terpaksa..daddy terpaksa..sory sangat2 tapi semua yang kami buat ini untuk kesihatan aisy.. jika tak dirawat, paru-paru aisy boleh terkena infeksi..maaf ye nak..


tak sanggup mummy tengok diorang pegang dengan kuat kedua tangan aisy, pegang kepala aisy, pegang kaki aisy..kudrat seorang bayi melawan 3 nurse..tentu sekali tak terdaya nak melawan..

biar mummy dengan daddy yang buatkan untuk aisy.. kalau ikutkan, nurse-nurse di sana sepatutnya yang perform prosedur ini tapi mummy berkeras, mahu buat sendiri..

sikit je lagi nak ye.. lagi 4 jam kita buat lagi..

pedulikan mummy yang dah tak bersiap, serabai je..terpaksa pinjam tshirt daddy, sebab setiap 4 jam sure aisy akan muntah..muntah sebab nangis, muntah sebab banyak kahak terkumpul di dada..

doktor asmuni tegur kenapa mummy nampak pucat dan sugul..mana taknya, risau melihat keadaan anak yang dua bulan berturut-turut dimasukkan ke wad disebabkan kesihatannya yang tak menentu


masa ni aisy getting better..mummy pun dah senang hati..4 hari berkampung dalam wad sangat memeritkan buat mummy dan daddy.. tok mama dari kedah sanggup ambik cuti, semata-mata nak bersama dengan cucu kesayangannya..

aisy, ramai aunty-aunty kat sini yang mendoakan aisy.. terima kasih buat aunty fisa, aunty ena, aunty umie, aunty ibu ayra, aunty imah and aunty lady yang mendoakan aisy..


membesarlah anakku..dengan sihat, cerdas dan menjadi anak yang soleh buat mummy dan daddy, agama dan negara kita =D

28 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

aisy da betul2 sihat kak? ke kat spital lg...
darwish baru baik batuk 3,4hari da batuk balik...huhu..
takat ni xde kena tahan ward lg....aromatherapy tu ok ke ngan aisy?

Unknown said...

dah baik dah alhamdulillah..berkat doa aunty2 dia kat sini =D

aromaterapi tu..besa je deq..tapi dah beli, bagi juga la pakai..take times kot..

musim kot la ni..so kita ni kena "cuti" berjalan lah deq, dok umah and avoid tempat public..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Kesian nyer ..
Mmg x sangguplah tgk anak kita
mcm tu kan..hati ibu mana yg tak sayu..
Apapon..moga Aisy sentiasa sihat yer!!!

misha.w said...

get well soon aisy..

Unknown said...

tq mummy qis..aisy kata kem salam kat qis ek ^_^

Unknown said...

tq aunty misha, kem salam kat kawan aisy dlm perut aunty tu ye :D

Umie said...

wah...aisy dah sihat...alhamdulillah...lepas ni boleh la dia dok gelak2..sengeh2...je yer..hehhehe

Redbloodsnow said...

kesian tgk pic die nangis². now wonder adlina berkeras nk buat sendiri kan. cian aisy. zie doakan die sihat sentiasa...aminnn.

Anonymous said...

salam...puan,


saya lihat pun...saya rasa sunggh kesian..
moga aisy kini dah sihat walfiat..amin..

Anonymous said...

ade juge ye fisioterapi utk kuar kahak..
ke aisy mmg asma, sbb tu mesti kena wat fisio ke?
zai tngok pon mmg rase kasihan kat aisy..
smoge aisy semakin membesar ni semakin sihat2 n pergilah jauh sakit yg ada ye.. amin..

Ena said...

huhu..

ena pon x leh tgk anak camtu.. memg meleleh la jawabnyer..
minggu lepas irfan pun kene amik nebulizer hafiy gak.. tp tak wat n3 pun sbb tak amik picture..
moge hafiy tak kene camtu lagi ye!..
cian mummy & daddy..

Ana Lyana said...

adeiii...siannye aisyyy..moga ko tabah na n cikgu, aku yg baca ni pun dapat rase nk ngalir air mata...

Lady of Leisure said...

cedih n kesiannya tengok... yang menengok pun sebak apatah lagi yg melalui kan... hope he is getting better... take care..

Unknown said...

lily, ina pun sentiasa doakan qis senang nak berry..sian dia tiap kali tgk pic dia dari baby nangis sebab sembelit..

Unknown said...

aunty umie, bila nak datang umah jumpa aisy nih..rindu kat aunty =D

Unknown said...

zie, nanti dah kahwin, ada anak..cuba BF ye..aisy tak nak BF masa dalam pantang, minum susu ina dgn susu formula..so rasa sebab tu kot dia senang sakit..huhuhu

Unknown said...

sekamar rindu, terima kasih atas doa anda..tak yah la puan dgn saya..formal sgt..kita kat sini kengkawan..semua sama =D

Unknown said...

zai, terima kasih atas doa zai tu..sangat menghargainya

aisy tak de asma tapi dia batuk teruk..bila gi check banyak kahak kat dalam dada..baby tak pandai nak buang sendiri

sebab tu kena p fisioterapi and sedut kahak..ina tak de pic sedut kahak tu..ina lari kuar..kalau ina dok tengok juga sure ina pengsan sama..
mak ina yang tolong teman aisy masa sedut kahak tu..

Unknown said...

ena, irfan kena selalu ke ambik neb tu? dia meronta-ronta and menangis tak?

sekarang ni ena, kitorang dah tak pasang aircond pun time tido..biar lah berpeluh sebab takut batuk yang teruk tu berulang lagi..

la ni ada lagi sikit2 batuk tu sebenarnya..bila nampak nak batuk je cepat2 ina bagi minum air

Unknown said...

yana, thanks ek..
insyallah dani sihat hendaknya..make sure nanti letak kat pengasuh yang proper ek..dah dapat pengasuh dah?

Unknown said...

lady thanks a lot..hope arri and molly pun sihat selalu and bam bam =D

Nia said...

Sekarang Aisy dah ok Adlina. Susahnya hati bila anak kita sakit ni, rasa kalau boleh biar kita aje yg tanggung sakit dia tu.

Harap dia cepat sembuh ya,..amin.

fisa othman said...

ina menitik air mata ni baca entry pasal aisy...sedihnyaaa dapat rasakan ketidakselesaan dia berhadapan dengan sesi fisioterapi tu...aisy kena cepat2 sembuh tau..aunty fisa doa kan moga aisy kembali pulih dan ceria seperti irfan...sayanggg aisy..(a♥‿♥a)

ina kesihatan diri pun kena jaga juga ye...takut t ina plak yang tak sihat..sian aisy nanti..take care dear..

Unknown said...

unlisted, thanks sgt atas doa awak..sgt2 menghargainya =D

Unknown said...

fisa,thanks a lot..nasihat fisa akan sentiasa diingati..thanks again..kem salam irfan comel tu yer

eynda said...

Sebak baca entry ni...especially time dia kena bedung tu...alhamdulillah dia semakin pulih kan...anak2 tak sihat memang kita risau sangat....take care...

Unknown said...

siannya dia....bergenang mate tgk....

Unknown said...

ina, walaupun n3 ni dah lama nak komen gak..kesiankan..sofea pun dah 2 kali kena macam ni..tak sampai hati everytime fisio session..masa baby sofea ok lagi, cuma time suction nangis..sure it hurts kan..

masa ni aisy stay kat nursery ke?

instagram adlinahomemadescrub


up