Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Kuasa tahajud buat yang dizalimi

Terima kasih allah..lengkap ajaranMu..
bukan manusia sesama manusia dapat membalas tetapi biarkan segalanya kerana urusan membalas adalah pada Allah..
kita sebagai hamba perlu redha dan bangun bertahajud mengadu pada Dia..

karma..tidak wujud dalam Islam..
tapi setiap perbuatan jahat ada balasannya

yang dizalimi pasti terbela
kalau bukan di dunia nyata di akhirat masih ada

janji allah itu PASTI
doa yg terzalimi tiada hijabnya
direct terus pada Dia

tambahan lagi diserta dengan tahajud
Dia dengar Dia nampak Dia tahu
walau semua manusia berjaya dikaburi kebenarannya

jauhiku daripada menjadi pendemdam
kerana dendam itu memakan diri
jadikanku pemaaf
kerana itu kunci bahagia

usah pusing dengan perbuatan jahat mereka
Allah ada ^_^
Dia dah ajar cara menghadapinya

Master Key segala pintu rezeki


Bab 13

Master key iaitu raja kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta, pangkat, semuanya boleh dibuka dengan master key ini..

jawabnya d m/s 65 Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ^_^

===========================================================================

ya, memang saja agen pengedar buku MMR ini
ya, saya memang buat bisnes
ya, saya memang promot buku ni, saya boleh dapat komisen

tapi

saya boleh dapat pahala bila awak amalkan segala strategi khusus yang disarankan di dalam buku MMR tu..

saya boleh dapat pencen kubur untuk itu

hehe..

untungnya saya..duit dapat..pahala dapat..

in sya allah...

awak, IQRA..ombak rezeki bakal dicipta..tak susah pun..jemput saja..lagi senang daripada mencari..

kerja?? itu usaha, allah suruh..kita ni HAMBA jer, kena buat lah apa TOKEY suruh kan..

senyum.. : )

15 aktiviti membahagiakan ibu bapa



Macam mana caranya untuk membahagiakan ibu bapa? telefon? bagi wang belanja? lagi???
Allah gerakkan hati mencari dan terjumpa tips-tips dan aktiviti yang boleh dibuat untuk kita bahagiakan mereka. 

Ibu bapa tiada galang ganti..hanya yang itu sahaja..bila mereka sudah tiada, hilanglah satu doa mustajab buat kita

Ma..abah..terima kasih..saya mahu membalas jasa kalian berdua :')

  1. bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, mereka pasti berbangga
  2. jika jauh, selalulah telefon mereka..jika dekat, jauhilah telefon dan berbicaralah dengan mereka
  3. picitlah, peluklah mereka..mereka pasti bahagia
  4. layan mereka seperti mereka melayan kita semasa kecil dahulu
  5. suapkan mereka makan
  6. masakkan makanan kegemaran mereka
  7. bangun awal sebelum mereka, kemas umah dan siapkan sarapan
  8. walaupun tiap-tiap hari telefon mereka, tapi masih rindukan mereka - tandanya awak ikhlas
  9. sentiasa tolong ibu bapa, benar ada orang tua yang SEGAN minta tolong anak - atas sebab sikap anak itu sendiri
  10. jika mahu berjaya, kongsi kejayaan dengan mereka
  11. jika mahu harta bertimbun, kongsi harta dengan mereka
  12. 'volume' mendengar harus lebih tinggi daripada 'volume' bercakap dengan mereka
  13. sentiasa ada ruang untuk orang tua kita
  14. amalkan telefon mereka tiga kali sehari
  15. nada suara harus dijaga, pemilihan kata harus diperhati - itu lah seni bahagia

alfatihah buat wan..


tips mendapatkan perut kempis


paling setuju ialah buat abdominal exercise..penat la sikit..sakit la sikit..tapi nak cantik kan...
kena berusaha lebih
tapi jangan lupa, rujuk allah dahulu..bagitau allah nak perut kempis dan permudahkanlah usaha untuk mendapatkan perut kempis ni demi untuk kesihatan dan memperindahkan diri untuk ??


7 minuman untuk perut kempis


 kombucha tu tak pasti lah apa..google sendiri eh..
gambar ni dikongsi setelah terjumpa dalam internet
walau diri sendiri tak buncit tapi apa salahnya carikan tips untuk bantu orang lain
memang minum air dapat hilangkan lemak-lemak 
tapi selain minum kena buat senaman crunch
itu memang terbukti berkesan
^_^

Product review - 3 brand sekaligus ^_^



Review kali ini sesuai untuk kulit macam saya, sensitif terutama area dahi dan hidung, berminyak di area zone-T dan normal area pipi.. saya cuba ketiga-tiga brand dan beri masa yang agak lama untuk ketiga-tiga produk serasi dengan kulit


  • Loreal White Perfect + Serum White Perfect (tiada dalam gambar)
Produk ni mula-mula pakai macam ok la tapi taknampak sangat membantu kulit yang sensitif..memang bukan function dia utk memulih pun..more into whitening. jadinya pakai separuh jalan bagi rasa lembab jer..tapi bila dah lepas masuk tengah hari muka mula la macam boleh goreng ikan, berminyak siot..Pakai dua bulan lebih..Jadinya masuk lah museum. Beli ni kat watson, yang pakej sekali serum. mahal la jugak bagi saya yang belanja ikut bajet nih.

  • Krim malam shirojyun hada labo - whitening cream 
Produk ni pun boleh tahan harganya. Beli kat watson jugak. Macam best pakai waktu malam tebal-tebal sebelum tido. Tekstur dia watery. Tapi memandangkan kulit ni sensitif, sangat hyper dry, jadi tak berkesan la sangat untuk saya. Pakai jer dua bulan lebih..tetap macam tu jer..adeh..

  • Royal Expert White
Yang ni saya nak cerita. sekarang tengah pakai produk ni. Ada dalam seminggu lebih baru start cuba. Masya allah, ntah apa ingredient nya pun saya tak pasti. baca lah kat kotak tapi bukan retipun. Cuma yang pasti kawasan dahi yang flaky reddish hyper dry tu dah baik. Kulit yang kusam dah nampak cerah sikit. Mula lah segan nak tempek foundation sebab krim ni buat kulit nampak glow naturally. Memang saya syorkan kepada sesiapa yang ada masalah kulit untuk cuba krim ni. Apa saja masalah, in sya allah membantu. Saya beli RM125 kat kawan saya. Kawan tu pun beli kat kawan dia hehehe..Krim ni dari Pakistan. Saya baca testimoni, kalau dah habis satu jar tu, nak stop pun boleh. Kulit tetap cantik.


Kesimpulannya, pencarian krim siang dan malam serta serum dah berakhir dengan krim royal expert white ni. .saya beli sebab tengok muka kawan saya cantik, kulit sihat..sampai tengah hari pun masih ok..pakai mekap lagi glow..cubalah kut-kut berkesan untuk awak juga ^_^


Home decor - Kita hias sofa


Kat rumah ni, sofa warna putih, cushion dia kaler hitam..saya mencari idea macam mana nak 'refresh' style sofa, takkan nak beli baru kot..antara idea yang saya jumpa:

  • guna throw
  • guna bantal-bantal
Jadinya saya share sofa styling untuk rujukan ^_^

*double click pada gambar dan besarkan untuk lebih jelas*

Origami rupanya bagus untuk otak heh



CNY ni panjang..jenuh saya fikir nak buat aktiviti apa dengan aisy..pergi DAISO jumpa kertas origami. Pun beli..balik main-main dengan dia.

Saya pun tak pandai, cari dalam internet origami dengan intructions. Akhirnya dapat la buat few models.

Dapat buat dua ekor penguins, satu untuk aisy satu untuk aisyah..pastu sebiji truck dan kapal terbang
Boleh la untuk amatur ni hah..
kalau ikutkan banyak lagi yang best-best tapi ukur baju di badan sendiri ler..

Tetapi bila google, rupanya banyak kebaikan kalau rajin buat origami..orang Jepun kan suka main lipat-lipat ni. Kajian menunjukkan bila kita guna koordinasi kedua-dua belah tangan, otak akan distimulasi sepenuhnya.  Bila kita rajin main origami, berikut adalah kebaikan yang kita boleh perolehi:

(saya copy paste ye)

Below is a list of just some of the benefits of using origami.
* Reading Skills
* Writing Skills
* Processing Skills
* Visual Motor
* Temporal Spatial
* Logical Reasoning
* Attention Skills
* Concentration
* Sequencing
* Math Concepts
* Measurement
* Geometry
* Proportion
* Fractions
* Symmetry
* Problem Solving
* Science Principles
* Ecology
* Creativity
* Oriental Culture
* Independent Study
* Social Skills
* Self Confidence
* Library Skills
* Manual Dexterity
* Speech Language
Development

Banyak rupanya faedah main lipat-lipat ni..jom kita mula buat tiap-tiap hari dengan anak-anak..jadikan ianya hobi baru yang bernilai buat kita dan anak-anak kita ^_^


Makanan yang menghalang kanser payudara


Nauzubillah himinzalik...
Semoga allah melindungi saya dan awak daripada kanser terutamanya kanser payudara yang membunuh di dalam diam..
Rajin-rajin kita check sendiri payudara kita dan kalau nampak lain macam seperti ada biji atau ketulan luar biasa, cepat-cepat kita pergi hospital

Lebih baik mencegah daripada mengubati, itu yang bijak
Berikut saya kongsikan makanan yang dipercayai dapat mencegah daripada penyakit kanser ini
Kita berusaha, allah jua yang menentukannya dan allah sebaik-baik perancang
wallahualam..



Tips mudah untuk perut kempis

amalkan tips mudah berikut untuk perut yang kempis


Senaman mudah untuk perut kempis

Senang je ni
Tak susah pun
Buat depan tv pun boleh
Tapi yang penting istiqamah 
Amalkan senaman perut kempis ini seminggu tiga kali
Buat sikit tapi istiqamah ye


Minuman untuk perut kempis


nak buat air ajaib perut kempis ni macam senang ja
bahan mudah saja ni..tapi kalau nak sedap lagi tambah la madu atau gula batu bagi ada rasa sikit
tapi lagi sedap kalau tambah dengan ice cream soda hehehe..

Home decor - Idea Susun Frame


source : saifou image
boleh guna sebagai rujukan untuk hias dinding rumah dengan kemasan frames

Kenapa allah perintah solat awal waktu?

Allah ni luas rahmat dan kasih sayang dia..tapi jangan lupa, Allah jua maha membalas. Jadi sementara masih bernyawa, dengan ilmu kita dapat tahu hikmah di sebalik perintah Allah kenapa Dia suruh solat di awal waktu.

Saya dapat pengetahuan berharga ni melalui blog pakar how to. Jadi saya kongsikan apa yang telah saya baca supaya dapat memperingati diri sendiri dan orang lain jua.

  • Rahsia Subuh
Warna Subuh = Biru Muda = Frekuensi Tiroid = Metabolisme Badan
Rahsia warna biru ni berkait dengan REZEKI dan KOMUNIKASI. Siapa yang tertinggal / sengaja tinggal / lewat solat subuh, akan mengalami masalah rezeki dan masalah komunikasi. Kalau lambat solat subuh, kelenjar tiroid tak dapat menyerap tenaga alam warna biru muda  yang optimum. Bila solat subuh gajah, tenaga biru tu dah hilang pun.

  • Rahsia Zohor
Warna Zohor = Hijau (isyraq & dhuha) Kekuningan = Frekuensi Perut dan Hati = Sistem Penghadaman
Rahsia warna hijau dan kekuningan ni pula berkait dengan sistem PENGHADAMAN dan KECERIAAN kita. Siapa yang solat awal Zohor awal waktu in sya allah dapat serap tenaga alam pada waktu ini. Badan tak alami masalah perut dan personaliti kita juga lebih ceria.

  • Rahsia Asar
Waktu Asar = Oren = Frekuensi Prostat, Uterus, Ovari dan Testis (Sistem Reproduktif)
Rahsia warna oren ini berkait rapat dengan KREATIF. Tenaga alam pada waktu ini pula memberi faedah kepada organ yang berkait dengan sistem reproduktif kita. Cuba muhasabah dan usaha, kalau susah nak dapat anak tu, cuba perbaiki waktu solat terutama solat asar moga badan dapat serap tenaga alam waktu itu.
Kalau sapa kerap tertinggal solat asar, daya kretiviti pun makin hilang. Jadi tak kreatif lah..ish nauzubillah..

  • Rahsia Maghrib
Waktu Maghrib = Merah =  Menghampiri frekuensi jin dan iblis
Rahsia warna merah ini ialah karakter yang KUAT dan MENARIK. Pada waktu ni jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Kalau kat luar, masuk dalam umah. Kalau dalam perjalanan elok berhenti dulu pergi solat Maghrib sebab pada waktu ini banyak interferens yang boleh MENGELIRUKAN MATA kita.

  • Rahsia Isya'
Warna Indigo = Fasa Kegelapan
Rahsia indigo ini menyimpan rahsia TENTERAM dan TENANG. Solat isya' di awal waktu bagi memenangkan jiwa yang gelisah dan parah akibat hal-hal dunia. Kemudian tidur.
Selepas tengah malah, warna berubah keputihan, pinkish dan ungu. Pada waktu ini, bangunlah berQiamulail untuk menyerahkan segala masalah dan mengadu kepadaNYa.

Beruntunglah kita dilahirkan Islam..punyai Iman..
Kita tak perlu nak susah payah ikut kelas meditasi lah, kelas aura warna bagai segala..
SOLAT DI AWAL WAKTU sudah cukup untuk kita serap semua tenaga alam tersebut. Luasnya rahmat Allah pada kita. Dia suruh kita bangun tinggalkan kerja hal dunia apabila tiba waktu untuk menghadapNya sebab dia tahu keperluan badan dan jiwa kita. Thank You Allah..

Tips Business Online

Oleh: Puan Ainon Mohd
Dari ABS

Semalam, Rabu 28 Ogos 2013, ABS Chapter Utara mengadakan "Sesi Minum Kopi ABS" dengan usahawan pakaian Tuan Adnan A Aziz.

Chairman ABS Chapter Utara, Puan Zuraida Noordin bermurah hati mengongsikan catatan isi kandungan penting dalam perkongsian Tuan Adnan dengan peserta:

---

"Pada awal-awal penjualan koleksi pakaian muslimah HD dijalankan secara online, kami mengambil gambar baju yang disangkutkan menggunakan penyangkut baju. Kemudian, kami bertukar strategi mengambil gambar baju yang dipakaikan pada patung. Jualan kami telah meningkat daripada yang sebelumnya. Tidak lama selepas itu, kami telah menukar model daripada patung kepada orang sebenar. Jualan kami meningkat dengan lebih tinggi lagi. Kami berpendapat, orang suka untuk melihat baju muslimah HD digayakan oleh seorang model wanita yang berwajah cantik. Dari hasil paparan gambar begitu, pelanggan lebih mudah untuk membuat keputusan memilih dan seterusnya membeli produk kami."

"Berhati-hati apabila membuat keputusan untuk melakukan tempahan produk di China. Ini kerana, Kami pernah terkena apabila baju yang kami tempah, singkat! Mereka tidak percaya kepada ukuran yang telah kami berikan kepada mereka. Mereka mengatakan bahawa, ukuran yang kami berikan adalah sebuah ukuran baju tidur!"

"Kami berusaha selama lebih kurang dua tahun untuk membina reputasi kepada supplier/usahawan berbangsa Cina untuk berurusan dengan mereka. Bangsa Cina berpandangan skeptikal dengan peniaga Melayu kerana, mereka sudah banyak kali terkena dengan peniaga Melayu yang tidak konsisten di dalam perniagaan mereka. Mereka tidak membayar hutang niaga secara tetap. Malah ada yang lari daripada hutang, telefon juga tidak berangkat. Kepercayaan adalah kunci utama untuk menjalinkan kerjasama dengan peniaga Cina."

"Apabila menjalankan perniagaan secara online, website adalah perkara yang paling penting untuk ada. Tidak cukup dengan hanya dengan ada FanPage di Facebook. Daripada website kita membina kredibiliti. Facebook umpama Billboard manakala website ibarat kedai kita."

Berapa lama kita boleh jadi kuli

Oleh: Puan Ainon Mohd
Dari ABS

Berapa lama kita boleh jadi kuli?.....

Apabila kita membuka bisnes, sangat natural kita melakukan semua kerja sendiri. Kitalah towkay, kitalah kuli.

Sudah berapa lama kita menjalankan bisnes kita sekarang? 2 tahun? 3 tahun?

Apakah kita masih melakukan kerja-kerja angkat-mengangkat dan angkut-mengangkut di syarikat milik kita sendiri?

Mentor Cina saya memberitahu jikalau selepas 6 bulan kita membuka bisnes, dan kita masih berkuli dalam syarikat sendiri, itu adalah tanda-tanda kita tidak mempunyai bakat tinggi dalam pengurusan organisasi bisnes.

Tips jual diri

Tips jual diri ABS

Oleh: Puan Ainon Mohd
Dari ABS

Diri kita adalah modal bisnes yang paling mahal.

Orang membeli diri kita dahulu, kemudian barulah mereka membeli produk dari kita.

Jual diri kita di mana-mana sahaja ada peluang memperkenalkan diri kita kepada bakal rakan niaga (bukan rakan kongsi).

FB adalah pasaran terbuka yang baik bagi menjual diri kita. Perkenalkan muka kita.

Gunakan foto yang dapat cepat meyakinkan pasaran bahawa kita adalah orang bisnes yang kredibel.

Tidak ada siapa yang mahu menjadikan kereta, kasut, kucing, tangan, bunga dll sebagai rakan niaga.

candy buffet trend majlis perkahwinan

kalau ke majlis hari jadi, orang kawen, berendoi, cukur jambul, akikah
semua ada dessert buffet 
candy buffet
atau namakan apa jer
janji ada station khas yang diletakkan pelbagai manisan mulut 
dan
yang paling penting dihias mengikut tema majlis itu sendiri

gambar-gambar ni ina ambil dari internet
kongsikan idea cara nak hias candy buffet 















 kalau nak lagi senang contact
 The Pastelicious Party
016-461.4667 
sms/whatsapp/line/viber

untuk dapatkan quotation bagi tempahan 
candy buffet
 personalised vip table
photo booth 
 meja santapan beradap 
pelamin akikah 
 buaian berendoi 


job pertama The Pastelicious Party ialah menghias jamuan raya di 
Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri 
dengan tema Elegant Blue

dan alhamdulillah
rata-rata feedback yang diterima sangat positif dan membina

insya allah lepas dapat gambar dari photographer
ina akan upload kat sini

(^_^)




senarai keperluan kehamilan

Salam readers..

Memandangkan banyak hits ke blog ni tentang kehamilan so ina nak share checklist keperluan barang untuk menyambut kelahiran anak

Clothing

Bil        Items      

1        Long sleeve                     
2        Long pants     
3        Short sleeve shirt         
4        Short pants         
5        Sleeveless bodysuit (jumper)                     
6        Romper                    
7        Binders (barut)                                       
8        Handkerchief                                
9        Mittens & Booties                  
10        Socks        
11        Hat                  
12        Bibs                                       
13        Long pants - outing                     
14        Baby T (Girl)               
15        Baby T (Boy)                     
16        Skirt  
                              
Feeding

1.        Breast pump
Avent ISIS
2.        Termos
3.        Feeding bottle 2 oz
4.        Teats
5.        Bottle and Teat Brush
6.        Sterilizer
7.        Warmer
8.        EBM Storage – Avent via cups
9.        Nursing pad (washable)

Nursery (baby cot)

1.        Baby cot & mattress
2.        Baby’s set pillow & bolster
3.        Baby’s pillow & bolster case; Lollipop (2 small, 1 big pillow & 1 pillow)
4.        Blanket
5.        Receiving blanket
6.        Nursing pillow

Bathing

1.        Bath tub
2.        Toiletries (travel pack)
3.        Hooded towel
4.        Cotton balls
5.        Cotton buds
6.        Baby comb / brush
7.        Baby manicure set


Diapering

1.        Changing mat
2.        Baby wipes
3.        Disposable diaper
4.        Napkins
5.        Nappy liner
6.        Diaper rash cream
7.        Safety pins


Traveling

1.        Stroller
2.        Infant carrier
3.        Travel bag


Mama care

1.        Nursing bra
2.        Maternity pad
3.        Disposable panty
4.        Nipple cream

Tapi kan..tak semua senarai di atas perlu beli.. beli yang wajib jer dulu.. ^_^

Jangan bazir duit beli supplement


Dari penyelidikan yang terkini oleh para saintis kesihatan, ada beberapa supplement VITAMIN yang amat berbahaya.

Pengambilan Vitamin A dan E , samada sikit atau banyak, akan memberi kesan dahsyat pada tubuh badan. 

Malahan pengguna VITAMIN E melonjakkan risiko mendapat PROSTRATE sebanyak 17%.

Manakala campuran Vitamin A dan beta-carotene pula akan meningkatkan risiko mendapat CANCER PARU-PARU sebanyak 18%.

Penggunaan VITAMIN A & E seharusnya hanya digunakan oleh pesakit yang tidak punya fungsi menjana VITAMIN tersebut oleh badannya sendiri. 

Badan kita sudah cukup mendapat Vitamin A & E melalui makanan harian SECARA NATURAL. 

TAPI KINI, ADA BEBERAPA PRODUK HARIAN DI DALAM SUPERMARKET YANG MENULIS " ENRICHED WITH VITAMIN A & E ".  Ini supplement otomatis sumbangan PEMBUAT walaupun tak pernah diminta oleh pengguna pun.

Seolah-olah ini adalah BAIK UNTUK KITA, sedangkan produk seperti ini MELONJAKKAN RISIKO PENYAKIT. KITA SEBAGAI PENGGUNA BERHAK MEMPERSOAL PEMBUAT MAKANAN dalam hal ini. Dalam keadaan jahil, mereka sedang menyumbang sakit kepada Rakyat Malaysia.

Untuk Vitamin C pula, ia kurang bahaya kerana sangat mudah larut di dalam badan. Jika berlebihan akan dibuang oleh badan melalui air kencing.

Pengambilan Vitamin C adalah baik untuk memperpendekkan jangkamasa selsema dan flu. Namun ia tidak boleh menghalang  jangkitan virus selsema dan flu.

Bahaya Vitamin C hanya apabila diambil lebih dari 500gram sehari. Ada beberapa kes yang menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Selain supplement, Vitamin C banyak ada dalam produk AIR JUS KOTAK dan SIRAP. Jangan biarkan anak-anak dan diri sendiri meminumnya dengan kerap.

instagram adlinahomemadescrub


up