Showing posts with label tipsberniaga. Show all posts
Showing posts with label tipsberniaga. Show all posts

Tips Business Online

Oleh: Puan Ainon Mohd
Dari ABS

Semalam, Rabu 28 Ogos 2013, ABS Chapter Utara mengadakan "Sesi Minum Kopi ABS" dengan usahawan pakaian Tuan Adnan A Aziz.

Chairman ABS Chapter Utara, Puan Zuraida Noordin bermurah hati mengongsikan catatan isi kandungan penting dalam perkongsian Tuan Adnan dengan peserta:

---

"Pada awal-awal penjualan koleksi pakaian muslimah HD dijalankan secara online, kami mengambil gambar baju yang disangkutkan menggunakan penyangkut baju. Kemudian, kami bertukar strategi mengambil gambar baju yang dipakaikan pada patung. Jualan kami telah meningkat daripada yang sebelumnya. Tidak lama selepas itu, kami telah menukar model daripada patung kepada orang sebenar. Jualan kami meningkat dengan lebih tinggi lagi. Kami berpendapat, orang suka untuk melihat baju muslimah HD digayakan oleh seorang model wanita yang berwajah cantik. Dari hasil paparan gambar begitu, pelanggan lebih mudah untuk membuat keputusan memilih dan seterusnya membeli produk kami."

"Berhati-hati apabila membuat keputusan untuk melakukan tempahan produk di China. Ini kerana, Kami pernah terkena apabila baju yang kami tempah, singkat! Mereka tidak percaya kepada ukuran yang telah kami berikan kepada mereka. Mereka mengatakan bahawa, ukuran yang kami berikan adalah sebuah ukuran baju tidur!"

"Kami berusaha selama lebih kurang dua tahun untuk membina reputasi kepada supplier/usahawan berbangsa Cina untuk berurusan dengan mereka. Bangsa Cina berpandangan skeptikal dengan peniaga Melayu kerana, mereka sudah banyak kali terkena dengan peniaga Melayu yang tidak konsisten di dalam perniagaan mereka. Mereka tidak membayar hutang niaga secara tetap. Malah ada yang lari daripada hutang, telefon juga tidak berangkat. Kepercayaan adalah kunci utama untuk menjalinkan kerjasama dengan peniaga Cina."

"Apabila menjalankan perniagaan secara online, website adalah perkara yang paling penting untuk ada. Tidak cukup dengan hanya dengan ada FanPage di Facebook. Daripada website kita membina kredibiliti. Facebook umpama Billboard manakala website ibarat kedai kita."

Berapa lama kita boleh jadi kuli

Oleh: Puan Ainon Mohd
Dari ABS

Berapa lama kita boleh jadi kuli?.....

Apabila kita membuka bisnes, sangat natural kita melakukan semua kerja sendiri. Kitalah towkay, kitalah kuli.

Sudah berapa lama kita menjalankan bisnes kita sekarang? 2 tahun? 3 tahun?

Apakah kita masih melakukan kerja-kerja angkat-mengangkat dan angkut-mengangkut di syarikat milik kita sendiri?

Mentor Cina saya memberitahu jikalau selepas 6 bulan kita membuka bisnes, dan kita masih berkuli dalam syarikat sendiri, itu adalah tanda-tanda kita tidak mempunyai bakat tinggi dalam pengurusan organisasi bisnes.

Tips jual diri

Tips jual diri ABS

Oleh: Puan Ainon Mohd
Dari ABS

Diri kita adalah modal bisnes yang paling mahal.

Orang membeli diri kita dahulu, kemudian barulah mereka membeli produk dari kita.

Jual diri kita di mana-mana sahaja ada peluang memperkenalkan diri kita kepada bakal rakan niaga (bukan rakan kongsi).

FB adalah pasaran terbuka yang baik bagi menjual diri kita. Perkenalkan muka kita.

Gunakan foto yang dapat cepat meyakinkan pasaran bahawa kita adalah orang bisnes yang kredibel.

Tidak ada siapa yang mahu menjadikan kereta, kasut, kucing, tangan, bunga dll sebagai rakan niaga.

instagram adlinahomemadescrub


up