refleksi dpa siri 1

dah lama kiranya aku tidak berblog..bukan kerana terlupa tapi masa membatasi utk aku disini..hihi bermonolog sesorang pulak..adakah kiranya masih ada pembaca blog aku ni??? ntah aku tak pasti..

tapi berbalik kepada niat utamaku di alam blog ini..segala kenangan yg ingin ku abadikan tercoret kiranya..

buat yg tahu, aku dalam dpa skang ni..pada yg tak tahu, browse labels kursus dpa, tentu fhm ceritanya..

aktiviti padat dan kalau difikirkan logik akal, mampukah aku mengharungi 33 minggu di sini? hanya kekuatan iman dan sokongan padu daripada keluarga terutama suami buat aku tabah mengharunginya..namun hari ni ada 3 org peserta yg akan RTU @ return to unit..tapi bukan sebab tak tahan tanggung 'azab' dpa ni..cuma mereka ada rezeki lebih, termengandung so kenalah balik settle dulu semuanya habis pantang then datang lagi utk sesi seterusnya..

kami semuanya setara..gaji..kerja..pengalaman kerja dalam gomen ni semua sama..
tapi dalam 164 orang ni, 164 orang lah ragamnya.
orang yg selama ni kita tak kenal, sekarang ni hari-hari nampak and buat aktiviti sama2 sepanjang 33 minggu ini..

aku tidak terkejut tatkala berkenal-kenalan dengan org yg konon merasakan dirinya lebih bagus daripada yang lain hinggakan tega untuk menilai dan memberi kelas2 mengikut 'kasta' yang diciptanya sendiri..

aku cuba bersifat dan berfikir positif, mungkin org itu cuba untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan orang lain tapi sukar aku mencari keikhlasan penilaiannya itu..

penilai itu jangan lupa, 1 jari menunding, 9 jari patah balik pada kita..itulah azimat yang aku pegang dalam membentuk peribadi diriku..

bila berdamping dgn org sebegitu, aku harus berhati-hati agar aura negatif mereka tidak terpalit sama pada diriku..aku rasakan ianya pengalaman yg cukup berharga buatku kerana mematangkan pemikiranku..membezakan mana yang buruk mana yang baik..

****

aku rindukan suasana pejabatku..rindukan teman2 sepejabatku yang kukira mereka ikhlas setiap waktu..

2 comments:

A.I.N said...

we miss u adlina...sob3.
jgn hiprokrit kat sane, jgn layan kerenah depa yg mcm2 ragam biaq pi sama depa, igt...niat ko cume 1, demi mase depan family n anak2 ko..Aminnn...

mamaarifakeemaisy said...

alahai...sedih pulak baca monolog ni..huhu..tabahkan hati n kentalkan semangat..moga success ye..!

salam tahun baru 2011~

instagram adlinahomemadescrub


up