Showing posts with label kursus DPA. Show all posts
Showing posts with label kursus DPA. Show all posts

Televisyen tak sesuai untuk budak


baca dalam berita harian online tadi
laporan sekumpulan pakar pediatrik US menyebut

"kanak-kanak berusia kurang 2 tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur"

"media elektronik berpotensi memberi kesan negatid kepada kanan-kanan berusia kurang dua tahun"

***

aisy hafiy..
mommy love you so much..

i'm back in normal life!!!


alhamdulillah...selesai sudah 33 minggu kursus itu...
hidup kembali normal seperti yang ku rindu
dari hari ke hari aisy semakin rapat denganku
hari-hari yang berlalu, seperti pengantin baru

selamat tinggal MOF
atas kehendak KPPA
major reshuffle happened
symp..dari mof ke KDN skang ni
dah lapor diri..tunggu posting seterusnya
katanya menggantikan tempat membe yang reshuffle ke INTAN
bahagian kepolisian n sempadan
pergh mcm tough bunyinya..jaga enche2 polis nampak gayanya 

tiada lagi sekatan
tiada lagi pelepasan
sekarang ku bebas
masaku tidak terikat lagi

kursus itu banyak mengajar aku erti kedewasaan
its was really a great journey
but just for once

rindu serindunya

dah tinggal beberapa minggu je lagi nak habiskan kursus ni
tarikh keramat 15/7/2011 sentiasa dinanti
banyak kisah banyak ilmu dipelajari
semuanya kekal menjadi ingatan dalam memori





ibarat seperti terpenjara di dalam sangkar emas..
*pic taken during a day visit to malacca's government offices*
*wearing baju batik officially for dpa's participants*





bersama roomate tersayang, tempat berkongsi suka dan duka serta tlg cover 'mengcover' antara satu sama lain hehe
*pic taken during siri I modul wataniah, kem sg miang, pahang*





mereka inilah rakan-rakanku ketika susah dan senang
berkongsi air mata dan tawa
*pic taken during malam kesenian islam*




pic taken during theater "ketika flamboyan berbunga" practices




*pic taken during KTM Run* 
7km running and jogging without stop,fuhhh





ballroom dance, perhaps..hehe
being an emcee and also dancing happily
*pic taken during theater Much Ado About Nothing*




current weight 45kg
sungguh kerempeng rasanya
mungkin di hati sentiasa gundah gulana
mengenang anak dan suami tercinta
hidup sendiri menyokong mommy di sini

perjuangan ini akan tamat tak lama lagi
it is fun
but 
JUST ONCE!!


i will be back ^_^
miss uolsss
XOXO

adakah yg sudi nak sponsor mak budak ni

gilerrr
kat sini pakai duit 
nak buat apa pun mintak duit
bukan sikit weyh
sebulan almost RM500

haruskan mencari org utk men'sponsor' aku??
karang minta 'balasan'
jenuh la pulak
hahaha

so buat junior2 ptd yg bakal ikuti dpa ni
korang siap sedia la mental fizikal dan juga duit sama naa...



setelah 13 minggu..

aisy..
dah almost 13 weeks mommy tak spend time ngan awak..
natijahnya..sesekali tatkala bertemu
awak buat perangai
awak mudah cengeng
awak mudah merajuk
awak mudah marah
awak merengek-rengek

tapi lepas menangis, meraung segal
awak datang peluk mommy
awak datang tarik-tarik tangan mommy
awak datang cium pipi mommy

daddy bgtau awak tak mcm tu masa dgn daddy
mommy rasa awak nak luahkan perasaan awak
perasaan marah awak
kerana mommy jarang ada bersama awak

awak close sgt dgn daddy
daddy cakap apa puun awak ikut
awak dengar kata daddy

awak nak susu pun mintak ngan daddy
awak nak tukar dyper pun ngan daddy
awak sakit pun ngadu ngan daddy

even mommy ada je kat sebelah awak...

kursus ni..
ada baik
ada buruknya
baik pada yg bujang
baik pada yg takde komitmen
huhuhu
mommy sedih
tapi mommy terpaksa
terpaksa dan dipaksa...

maafku pinta pada pengomen tegarku


korang semua..
aku minta maaf
sorry sangat kiranya aku tidak memberi komen balas
pada setiap jejak yang korang tinggalkan

keterbatasan masa dan peluang di sini
membuatkan aku hanyut dalam mainannya..

namun aku tetap ingat
aku tetap jejaki kalian
namun mungkin caraku berbeza
adakalanya ku tinggalkan pesanan
pada tiap entry yg ku baca

tapi, banyak yang hanya mampu ku baca
tanpa ada sepatah dua kata

maafkan aku wahai sahabat mayaku..
aku tetap mengunjungi kalian..tetap mengambil tahu perkembangan kalian
tetap mendoakan yg terbaik buat kalian

doakan aku disini
berjaya mengharungi 33 minggu ini
agar selamat dan panjang umur
dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta
juga  kembali sebagai blogger 'tegar'
eeewahh hihi

refleksi dpa siri 1

dah lama kiranya aku tidak berblog..bukan kerana terlupa tapi masa membatasi utk aku disini..hihi bermonolog sesorang pulak..adakah kiranya masih ada pembaca blog aku ni??? ntah aku tak pasti..

tapi berbalik kepada niat utamaku di alam blog ini..segala kenangan yg ingin ku abadikan tercoret kiranya..

buat yg tahu, aku dalam dpa skang ni..pada yg tak tahu, browse labels kursus dpa, tentu fhm ceritanya..

aktiviti padat dan kalau difikirkan logik akal, mampukah aku mengharungi 33 minggu di sini? hanya kekuatan iman dan sokongan padu daripada keluarga terutama suami buat aku tabah mengharunginya..namun hari ni ada 3 org peserta yg akan RTU @ return to unit..tapi bukan sebab tak tahan tanggung 'azab' dpa ni..cuma mereka ada rezeki lebih, termengandung so kenalah balik settle dulu semuanya habis pantang then datang lagi utk sesi seterusnya..

kami semuanya setara..gaji..kerja..pengalaman kerja dalam gomen ni semua sama..
tapi dalam 164 orang ni, 164 orang lah ragamnya.
orang yg selama ni kita tak kenal, sekarang ni hari-hari nampak and buat aktiviti sama2 sepanjang 33 minggu ini..

aku tidak terkejut tatkala berkenal-kenalan dengan org yg konon merasakan dirinya lebih bagus daripada yang lain hinggakan tega untuk menilai dan memberi kelas2 mengikut 'kasta' yang diciptanya sendiri..

aku cuba bersifat dan berfikir positif, mungkin org itu cuba untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan orang lain tapi sukar aku mencari keikhlasan penilaiannya itu..

penilai itu jangan lupa, 1 jari menunding, 9 jari patah balik pada kita..itulah azimat yang aku pegang dalam membentuk peribadi diriku..

bila berdamping dgn org sebegitu, aku harus berhati-hati agar aura negatif mereka tidak terpalit sama pada diriku..aku rasakan ianya pengalaman yg cukup berharga buatku kerana mematangkan pemikiranku..membezakan mana yang buruk mana yang baik..

****

aku rindukan suasana pejabatku..rindukan teman2 sepejabatku yang kukira mereka ikhlas setiap waktu..

entry buat suami

yang,
untuk ke sekian kalinya..
b mohon maaf
atas ketiadaan b di sisi yang dalam membesarkan anak kita

b tau yang faham b terpaksa di sini
untuk kerjaya dan masa depan kita bersama
inilah jihad b buat keluarga kita

yang
terima kasih kerana menjadi suami yang sungguh memahami
terima kasih kerana menjadi ayah yang sangat penyayang

b kagum dengan yang
menjaga anak kita dengan baik sekali
yang masak untuk dia
yang basuh berak dia
yang mandikan dia
yang tidokan dia
yang bangun malam susukan dia
yang basuh sidai lipat baju
yang basuh pinggan

tatkala anak tidur
yang mengemas umah
mengemop lantai
menyusun mainan bersepah

yang menanti dan menyambut b
dengan senyuman manis yang
dengan pelukan hangat rindu yang
tiap kali b berpeluang balik ke rumah

walau sekejap cuma
yang urut badan b, lenguh2 b
yang tak bagi b buat keja umah
yang suh b rehat je..sebab kata yang..
b kat sini dah cukup lelah dan penat
even b nak masak pun yang tak bagi..

tapi b rindu..
rindu nak bagi yang dan aisy makan masakan dari air tangan b
b masak jugak
dan ucapan terima kasih b terima daripada yang
kerana kata yang, b bersusah payah memasak buat kalian berdua
:)

yang, b bertuah miliki yang
tak semua lelaki yang sanggup memikul tangunggjawab
menjaga anak kecik seorang diri

b terharu sangat sebab yang mampu
jaga anak kita yang demam panas, selsema, batuk, muntah2
seorang diri

b sedih kerana tak dapat pergi bersama
b tak leh imagine macam mana agaknya
yang dengan aisy berdua
pergi klinik hospital bersama

seorang lelaki mendukung anak kecik
dengan sebelah tangan lagi menggalas beg
berisi botol2, pampers dan barang2 anak
tengah tunggu giliran nak jumpa doktor
tengah tunggu giliran nak ambil ubat
tengah tunggu giliran nak bayar barang2 kat alamanda
itu lah yang..

terima kasih banyak2 atas semua ini..
terima kasih kerana turut bersama dalam kekalutan ini..

alhamdulilllah..
alhamdulilllah..
atas kurniaanMu..
aku bahagia ya allah..
dengan keluargaku..

kekalkanlah muhabbah dan mawaddah di hati kami
kekalkanlah kasih sayang ini
kekalkanlah ikatan luhur dan suci ini
dunia dan akhirat..
cukuplah dia buatku..
cukuplah aku buat dia..
amin ya rahman..ya rahim..

aku rindu

pejam celik aku dah masuk minggu ke-4 dlm kursus ni
la ni dah pukul 11:52pm tapi mata masih degil
dok teringat kat suami ngan anak aku..

ish..taktau nak pujuk badan ni suh tidoq
pusing kiri kanan sama je, rasa tak kena
dok tingat kat depa
rindu..

sok pagi 630am wajib ada kat court dah
aktiviti suai fizikal..adeh..sakit kat paha ni tak hilang lagi
sok kena lagi sekali..
PT10
skuad jam
etc..maleh nak ingat..semua tu sakittttttt

wat 3g ngan aisy tadi..dia dok flying kiss kat aku
adoii sebak sungguh la dada ni..
pastu aku tengok dia kata JOM kat daddy dia
pastu tunjuk kat aku
sahih dia ajak daddy bawa dia keluar..
nak mai kat aku.. huhu..

kol tadi..encik suami tengah menghayun buaian..




*gambar tade kaitan ngan luahan..huhu mommy rindu kalian berdua

celcom broadband RM38

ina sekarang ni kat intan..berkursus selama 33 minggu
minggu ni baru masuk minggu ke 3

2 minggu dah berlalu..rasa cam nak gile la jugak
sebab tingatkan huby ngan anak

memalam wat video call
tapi tak leh jadi, nak juga video cam ngan huby
so kekdahnya menjelajah cari broadband

sign up hari ahad lepas
best jugak, utk 6 bulan pertama ni murah je, 
ina ambil plan RM48, then promotion less RM10 utk 6 bulan
without contract
so apa lagi, terus rembat..elok je abis dpa nanti close akaun
hehe

sebab kat umah dah pakai streamyx
so buat uols yg masih mencari broadband 
sila pilih celcom sebab murah n boleh tahan jugak coverage dia ^_^

cecepat ceceput semput

tudia aihh bersawang siot
bersiaran dengan cepat dari dewan kasturi, institut tadbiran awam negara (intan)

dan selamat diorientasikan selama 2 minggu
now back to school
time to study plus xtvtv ko-k
jadual memang pack sampai kui 10.30pm

next  class begin at 2.30pm
ring huby just now
tak dapat dibayangkan macam mana keadaan dua beranak tu
dari pukul 10am kat hospital putrajaya menunggu result ultrasound aisy

katanya aisy dah tertidur atas bahu daddy
kesiannya..maafkan mommy..tak de bersama-sama
sesungguhnya hati mommy tak tenteram di sini
mommy doakan aisy sihat sejahtera
mommy berterima kasih kepada daddy kerana sanggup bersusah payah
bersedirian dalam menjaga anak kesayangan kita

mommy juga dalam perjuangan
menghitung hari menghabiskan diploma pengurusan awam ini
dan balik semula ke kehidupan biasa kita
yang penuh warna-warni

hari ni last day kat opis


hari ni last day kat opis
berbaur rasa
happy pun ada hehe
tapi dalam 40% je hepi

lagi 60% sedih sebab nak kena tinggalkan kawan2
nak kena tinggalkan 

ayu
ct
pn nurul
fana
dayah


sebanyak mana masalah atau bebanan kat tempat keja 
kalau kawan2 seangkatan support dan sentiasa back up kita
tentu semua masalah dan bebanan tu dapat dihadapi dengan mudah

susah nak jumpa membe2 sekepala cam depa tu
tatau la p kursus nanti dapat geng cam depa ke dak
harapnya dengan adanya mummy-aulia' di sana berkursus sama-sama dapat mengubat hati

bukan nak berpuak-puak 
kawan ngan semua
tapi yg rapat2 ni lah buat tempat kongsi suka
dan paling best dapat kongsi duka

harap-harapnya lepas balik cuti belajar nanti
boleh dapat jumpa n keja sekali ngan depa semula
 ^_^


***

nota serah tugas dah siap
kerani pun dah catatkan apa dokumen nak hand over
ayu, hope yg terbaik utk hang bila ganti tempat aku nih..
so lepas ni
tinggal nak kemas-kemas barang masuk dalam kotak


stress = susah hati

menghitung hari
detik demi detik
masa ku nanti pasti kan tiba

***

huhuhu sedih hati ni 
meruntun jiwa bila tengok muka aisy ngan mr hubby
tak sanggup nak tinggalkan walau sesaat
ini kan pula sampai 15.7.2011

***

aisy, tadi mommy bawa gi ambil jab utk umur 18bulan
mommy doakan aisy sihat dan tak demam
mommy susah hati sungguh ni..
29hb ni mommy dah kena reg kat intan bukit kiara
2 minggu mommy kena tahan di sana
tak boleh balik berjumpa aisy dgn daddy

aisy sabar yer, cuba sesuaikan diri semasa mommy berkursus nanti
mommy akan jaga diri dan memohon supaya tiada kecelakaan berlaku sepanjang kursus itu nanti

ya allah, permudahkanlah aktiviti aku semasa kursus nanti
semoga aku boleh balik tiap-tiap minggu jumpa insan-insan kesayangan ku 

***

confirm nangis!

surat dah dapat
confirm dah 29.11.10 ni kena daftar kat Intan Bukit Kiara
utk Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)

kursus lama sungguh..sampai 15.7.2011
paling ralat sebab tak dapat sambut birthday aisy yg ke-2 pada 06.05.2011
sedih tak dapat nak tengok pembesaran dia

kena tinggal umah, hujung minggu je boleh balik
tu pun tak confirm, bergantung kebenaran pihak Intan

tapi awal2 dah bagitau, lepas register 29/11 ni, 2 minggu aku tak leh balik
mesti parah laaa mak-mak kat dalam course tu nanti

rasanya mak-mak kut yg terdera emosinya..maklumlah wanita..
penuh dengan kelembutan dan halus perasaannya


***

aisy hafiy bin ahmad husaini
sepanjang ketiadaan mommy nanti, aisy duduk ngan daddy yer
behave yourself, sian daddy kena jaga aisy sorang2

aisy makan minum main mandi tido 
semua ngan daddy yer
jgn susahkan daddy..

mommy bukan sengaja tapi mommy terpaksa
tuntutan tugas mommy membuatkan kita terpaksa berjauhan
tapi percayalah sayang
berat hati mommy untuk berjauhan walau sesaat pun dari aisy
even pagi2 hantar aisy kat umah pengasuh pun mommy sedih jer

jangan cari mommy ye nak
jangan cari mommy kat dapur, mommy takde 
jangan ketuk pintu bilik air, mommy takde
jangan selak langsir, mommy memang takde 

weekend bila mommy dapat pelepasan
mommy balik jumpa aisy
mommy balik peluk aisy
mommy balik cium aisy

aisy boleh main kejar2 ngan mommy
boleh main blocks ngan mommy
boleh melukis ngan mommy
yang penting boleh tido atas lengan mommy

aisy hafiy bin ahmad husaini
awaklah pengarang jantung mommy
separuh jiwa mommy ada pada aisy
walau kita jauh, nanti malam kita video conference sama2
kita sembang sama-sama

tapi mommy isau
takut aisy nangis tgk mommy dalam screen
takut aisy cium screen tu
macam aisy cium mommy sekarang


***

sabarlah wahai hati
hati seorang ibu
yang penuh dengan keresahan dan gundah gulana
kerana terpaksa meninggalkan anak tercinta

namun hati,
kerana kerja kita kena turutkan jua
semoga di sana nanti
kau kuat dan tabah menghadapi perpisahan ini
dan semoga kesabaran itu diganti dengan kebaikan
buat suami dan anak yang ditinggalkan buat sementara waktu..
semoga allah merahmati,melindungi dan memberikan kesihatan yang baik buat mereka
sepanjang ketiadaan kita nanti..amin..

instagram adlinahomemadescrub

↑
up