Iftar semalam makan kat red wok
Venue : Taman Kajang Impian, Bangi
Ina ngan huby pilih korean sizzling buffet which cost us RM30 per pax. Actually harga biasa dia RM28 jer tapi dia kata sebab bulan posa, dia mark up lagi RM2, apakah??
tentang makanannya...erm pilihan steamboat tu ok lah..tapi kalau yang pernah makan kat flaming sunway tu, for sure la kat situ lagi banyak seafoodnya dan bebolanya. for us, sos cicah kat flaming, johny or seoul garden way better.
Pastu kalau kat seoul garden tu, diorang marinade dulu daging2nya so bila bakar best sikit ada rasa kan? kat red wok pula diorang bagi kita majerin so pandai2 la kita bakar. ina semalam curah kuah tomyam atas udang bakar tu so ada rasa masam2 and letak juga sos cili nak bagi rasa pedas2 manis gitu
Tapi oklah, harga murah kat situ berbanding seoul garden tapi mahal berbanding flaming..
Selain tu, ada nasi goreng, bihun goreng, spageti goreng, bebola goreng dan ayam goreng ^_^
Air ada 2 pilihan iaitu plain dan soya
Dessert pula boleh makan ais krim banyak. Ais krim dia jenama pollar. cuba rasa honey dew, sedappp.
Ina tak berapa snap pixs sangat sebab lagi teruja nak makan..ye lah..lapar katakan hehe..
Surau ada disediakan so lepas berbuka boleh lah p sembahyang maghrib di situ then sambung 'sabdek'.
Aisy mula2 tido tapi takdan azan terus bangun. nak melayan si tecik tu satu hal. owh yer, high chair provided.
ni gambar restoran tu di waktu siang, ina cilok dari internet
ni pada malamnya
si tecik yang buat perangai nak turun lari2 macam bebudak lain, owh sangat bahaya okey..agak licin lantainya
memulakan agenda utama
potong spageti kecik2 bagi si tecik ni makan
tengah hari ada value meal tapi kena tunggu lepas raya baru boleh cuba yer.. selain itu ada juga makanan ala carte yang mana banyak hidangan cina muslim halal yang boleh dicuba. harga ala carte? ala, cam korang tak tau, makanan cina muslim ni lil bit pricey la dari mamak hehehe..
2 comments:
siannye lah si kecik...biasalah budak2 kan kak..hehehe
hehe penat ooo..
Post a Comment