Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

azam 8 : paprik campur





yang ni pulak juadah bersahur
rajin bebenor le bangun pukul 4 am masak
saja je, ada aunty farah kat umah so entertain la sikit
takut rindu nak bersahur kat kampung..maklumlah kami sama2 perantau..ceewah
tapi yg hampehnye boleh pulak dia tanya "eh bila hang keluaq p beli?"
ceh penat aku masak! hehe


Ina masak kailan ikan masin dan paprik campur
Resepi kailan ikan masin tu boleh tengok sini

Resepi paprik campur:

Bahan2:
Udang
Ayam
Daging
carrot
kacang panjang (ina tak buh, takde stok)
bawang besar
bawang merah 
bawang putih
daun limau purut
serai
halia (jika suka)

Sos paprik:
sos tiram
cili sos
tomato sos
kicap cair

1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan daun limau purut, serai dan halia
3. Masukkan ayam, daging dan udang, goreng seketika
4. Masukkan sayur2 campur tersebut
5. Tuang sos paprik, campur sedikit air jika ingin kurangkan kepekatan kuah dan masak hingga empuk.
6. Sedia dihidang

azam 4 : wantan udang goreng


juadah berbuka hari ke dua ramadan
source: internet

Resepi Wantan Goreng

Bahan-bahannya 
isi udang, dicincang halus 
karot, disagat 
sengkuang, disagat
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh kicap cair
½ sudu teh minyak bijan
garam secukupnya
serbuk perasa jika suka
serbuk lada putih secukupnya
secukupnya kulit wantan
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Isi udang, karot, sengkuang, tepung jagung, kicap cair, minyak bijan, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih dicampurkan dan digaul hingga sebati. 


2. Ambil sekeping kulit wantan dan isikan dengan 1 sudu teh isi wantan dan gunakan air untuk melekatkan hujung kulit wantan. Atur diatas dulang. Buat lagi sehingga kesemua inti wantan habis digunakan. 


3. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Bila minyak telah panas, boleh masukkan wantan yang telah disediakan dan goring sehingga ia kekuningan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sos cili.

azam 1: butter prawn





for those yang dah sedia maklum, mesti tidak akan terkujat kenapa tetiba blog ina ni ada pulak resepi2 sedangkan sebelum ni asyik cite psal aisy, psal tudung, psal salun..tapi kalau siapa yang nak tahu punca semua ni, sila terjah entry ina tentang AZAM  MEMASAK

ni juadah berbuka puasa pertama, butter prawn. tapi rupa tak segak sangat..tak pandai nak kirai telur tu macam kat kedai..and ina buat basah2 sebab huby ina tak minat lauk kering.

source: internet

Resepi Butter Prawn

250 large prawn
(Marinade with salt and pepper and oil for deep frying, deep fry prawn until just cooked and drain, put aside)

3 tbsp butter
3 egg yolk, lightly beaten
(Heat oil. Pour down the beaten egg yolk from a certain height. Use the back of a big laddle to swirl the egg yolk mixture around briskly (this is to form fine strands). Put aside.
2 stalks curry leaves, use the leaves only
3 tbsp quaker oats
10 cili padi and slice thinly
2 tbsp condensed milk
2 tbsp evaporated milk

Seasoning
salt
chicken stock
sugar pepper

(Heat 3 tbsp oil and butter), fry curry leaves and 1 tbsp oats. Put in chili padi and seasoning. Add in prawns, evaporated and condensed milk. Fry briskly and toss all the ingredients well. Add the rest of oats and fry untl crispy. Add in egg yolk strands and stirly fry until well mixed.


ini antara resepi butter prawn terbaik yang pernah ina buat..sebelum ni ada juga tapi tak rasa macam kat kedai..nuzul, sila buat! ihihi

instagram adlinahomemadescrub


up