masak sampai demam


semalam buat makan-makan sikit
panggil beberapa keluarga sahaja dan jiran kiri kanan
mereka datang sebagai membalas kunjungan ina ke rumah mereka

menu semalam yang utamanya bihun tomyam
dessert ina hidangkan roti jala kari ayam, bubur pulut hitam, rojak buah dan 2 jenis kek
itu je lah yang termampu nak masak

1st time buat roti jala atau roti kirai (ni belah utara yang panggil)
tak berapa nak jadi jalanya kehkeh

bihun tomyam alhamdulillah habis, so keluarga yang last datang lepas maghrib tu tak dapat nak dihidangkan
ganti dengan mee goreng dan koey teow goreng with desserts

resepi masak-masak tu ina guna resepi chef hanieliza dan mat gebu

rojak buah tu consists of nenas madu, sengkuang dan timun dengan kuah rojak mak bee 

lenguh la tangan
hari ni mai opis badan sakit-sakit, hidung tersumbat, sejuk sangat..
husband pun sama..

macam mana pun happy bila ramai orang datang rumah
siap buat lawatan muhibbah kat salun manjadiri ina lagi hehe
tapi nak facial tak leh lah..tetamu lain nak datang, kena wat appointment yer

thanks to asfar,ayip,temal,miwah,aulia',sofia,yana dan adiknya yang datang memeriahkan hari aisy hafiy..seronok sangat dia main ^_^


2 comments:

smms said...

teror la tu msk !

Fuz said...

wah, mihun tomyam. my feveret.

instagram adlinahomemadescrub


up