Panduan PDRM : pecah rumah

dah nak raya ni, balik kampung kan so hati2 lah yer..ni ina copy dari website polis di raja malaysia, cara cegah orang pecah rumah kita..



PECAH RUMAH

CARA MENCEGAHNYA:

Perlindungan SECARA FIZIKAL

· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.

· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem
kunci yang berkualiti.

· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.

· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak
menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.

· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang
membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.

· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh
mengesan penceroboh.


langkah berjaga-jaga

· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa
yang singkat.

· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas
kotak meter elektrik di luar rumah anda.

· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.

· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.

· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk
beberapa hari.

· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang
berpenghuni.

· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.

· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang
ketiadaan anda di rumah.

3 comments:

Queen said...

yela..malang tak berbau kan..

Nur Hawa Mohd Zin said...

nak buat macam home alone...letak patung orang kat tingkap...heheh

Redbloodsnow said...

nice info dear :)

instagram adlinahomemadescrub


up