Showing posts with label rahsia pelajar cemerlang. Show all posts
Showing posts with label rahsia pelajar cemerlang. Show all posts

anak nakal ialah anak yang bijak



i've just read about naughty child be sign of giftedness
but sorry i cant elaborate more due to my busy workload today
if you want to learn more, do visit this  
ANAK NAKAL IALAH ANAK YANG BIJAK

makanan ilmuan islam untuk anak kita

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.


Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.


Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.


Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.


Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
*jus delima giffarine, 30ml / 2 sb sehari*

tips untuk ibu bapa membentuk masa depan anak

INFO: Tip untuk ibu bapa

Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.


Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.


Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.


Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.


Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Tips ajar anak membaca

Perkongsian berguna dari blog anakku sayang ^_^


Bayi sangat mudah untuk belajar membaca. Kerana proses mengajarnya adalah seolah permainan yang digemarinya. Anak kedua saya, Muhammad memang ternanti-nanti waktu membaca. Sehingga kadangkala, dia sendiri datang sambil memberi kepada saya buku untuk dibaca. Namun, ingat! Empat perkara di bawah adalah perkara yang mesti dielakkan ketika mengajar anak membaca.

1. Jangan Harapkan Hasil yang Serta Merta
Tak kira berapa pun umur bayi, kadangkala kita ingin melihat hasil yang memberangsangkan sebaik sahaja kita selesai mengajarkan anak membaca. Hal ini biasanya berlaku ketika ibu mengajarkan anak yang berumur sekitar 1 hingga 3 tahun. Anak sudah mula pandai bercakap, sudah tentu kita ingin lihat apa yang anak dapat belajar sepanjang seminggu pengajaran bermula.
Seminggu adalah singkat. Jika ibu benar-benar mengajar anak dengan waktu yang ditetapkan, lebih kurang beberapa bulan, barulah anak akan mula menunjukkan hasil yang anda tidak sangkakan. InsyaAllah. Tak perlu terburu-buru melihat hasil, akan tetapi teruskan mengajar anak dengan masa yang disiplin!
2. Jangan Gunakan Huruf Bersaiz Kecil
Ha! ingat tu, bukan huruf kecil, huruf yang bersaiz kecil. Tidak kiralah program apa yang digunakan, samada Flash Card, sebarang buku, atau tulisan sendiri, cubalah untuk membesarkan tulisan. Memandangkan penglihatan bayi anda masih belum terbentuk dengan baik, ibu mesti menggunakan huruf bersaiz besar. Jangan samakan Flash Card pelajar tadika dengan Flash Card bayi. =)
Lebih mudah jika anda dapat menulis sendiri di atas papan putih yang kecil dan boleh dipadam. Pastikan tulisan huruf kecil dan bersaiz besar.

3. Jangan Mengarahkan Bayi Anda Membaca Untuk Anda
Ibu mana yang tidak gembira melihat anak mula menunjukkan hasil setelah penat lelah mengajarkannya. Kebiasannya, ibu mula tersalah langkah pada peringkat ini, kemudian mula menampakkan yang anaknya sudah tidak gemar untuk belajar membaca lagi. Kesilapannya adalah pada ayat:
“Ini ape?” sambil menunjukkan satu perkataan.
“Cuba teka? Macam mana bunyi perkataan ini?”
Sebenarnya, anak-anak tidak suka diuji! Mengapa? Kerana mereka tidak sukakan kegagalan yang meruntuhkan semangat.
Untuk melihat sejauh mana anak anda mula mengenal perkataan, anda boleh menggunakan cara lain. Contohnya, tunjukkan 2 perkataan, kemudian anta tanyakan pada anak, “bola yang mana ye…?”. Atau dengan cara yang sangat tersirat, “Mana bola ni… yang ni ke, yang ni ke???” sambil tunjuk-tunjuk perkataan. Kan berbeza daripada tanya anak ini bunyi apa dan macam mana bunyi perkataan ini. Ingat! Anak kecil tidak suka diuji.
4. Jangan Jadikan Masa Belajar Sebagai Masa yang Tidak Efektif
Bayi anda belajar membaca kerana mereka fikir ia adalah permainan yang menggembirakan. Ia akan menjadi seronok dengan layanan dan teknik yang digunakan oleh ibu. Oleh sebab itu, tunjukkan keseronokan anda ketika mengajar anak membaca. Jika anak mula menunjukkan rasa kurang senang, letih, bosan atau tidak selesa, segera hentikan pembelajaran. Ingat! pastikan bayi anda dalam mood gembira ketika belaja

baca artikel ni kalau nak jadi pandai

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar
secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis
dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain
lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

actually banyak lagi petua berguna untuk diamalkan
bukan untuk budak-budak sekolah jer
untuk pelajar universiti pun boleh diamalkan

kepada mak bapak sekalian, sila layari dan belajar cara nak bagi anak-anak pandai k
ni nanti aisy besar boleh praktis ni ^_^

website dia >>> KLIK SINI

instagram adlinahomemadescrub

↑
up