LONDON: Satu kajian menunjukkan insiden kecurangan tidak seperti dijangka umum boleh merapatkan lagi sesuatu perhubungan, jika yang menjadi mangsa memaafkan pasangan mereka.
Pasangan yang berupaya memaafkan dan membina semula kepercayaan selepas kecurangan kemungkinan melaporkan hubungan mereka semakin kukuh, menurut satu kajian.
Seorang dalam setiap empat orang akan menipu pasangan pada satu peringkat kehidupan mereka dan pengkaji di Universiti Terbuka dan Universiti Barat Bristol mendapati bagi sesetengah pasangan ia mungkin memberi manfaat.
Dr Andreas Vossler dan Dr Naomi Moller akan membentangkan penemuan mereka pada persidangan Persatuan Kaunseling dan Psikoterapi British di sini, tidak lama lagi.Kajian mereka mendapati pasangan yang mengakui curang akan melalui tempoh berkabung dan bersedih, sama seperti mereka yang mengalami kematian keluarga atau pasangan.
Selepas itu, jika mereka boleh mengembalikan kepercayaan, mereka mungkin melaporkan hubungan mereka lebih kukuh berbanding sebelumnya.
****
ye ke boleh dirawat kembali luka kecurangan tu?
ye ke boleh dilupakan?
ye..
boleh dimaafkan
ye..
deserve second chance..
tapi minta dijauhkan..
11 comments:
dah link awk ;)
thanks ||i =D
sy pernah dengar...
PEREMPUAN...memaafkan tu mungkin boleh...tp utk melupakan tu....oh,NO NO NO...huhu
yup orang ketiga ni bahaya...dalam ape pun gaya pun bahaya kan...dalam bercinta & berumah tangga...
1 dlm 4 akan curang? empphh bahaya tuh
ada kes kat opis...
isteri curang....suami jauh...
dia dok berkasihan dengan anak teruna lom kawen....
haihhh...mintak di jauhkan
betui...memang boleh mengukuh kan lagi hubungan janji jgn di ungkit lagi selepas itu..but i agreed too..memaafkan boleh..meluapakan...mungkin sukar...
nad, akak pun terbaca cam tu..
pompuan bila dipujuk cair tapi dalam tetap igt luka dicurangi tu
anje, betui tu..jgn sesekali bagi ruang dan peluang utk org ke tiga cuba menceroboh
tu la yani, la ni tak semestinya suami je curang..isteri pun kena hati2
azura, everybody deserve second chance tapi jgn cuba jolok lagi sekali sarang tebuan..dah pecah susah nak sambung balk
Post a Comment