Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wa nita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
(tapi kalau dengan suami or parents kat luar ok jugak ^_^)
11 comments:
info yg bagus.. tq2..
n3 bermakna....
thanks adlina...
ada kesempatan..leh gather2 di Alamanda....hehehe
good info..contohilah pokok semalu ^_^
1st time baca kisah semalu nih...thanks 4 sharing... :)
Thanks for sharing...baca yg last tu rasa bangga pulak...sebab eynda memang tak pernah keluar malam tanpa hubby...kecuali kalau emergency...so far takde la...yg betulnyer penakut hahaha....ok la tu :-p
wahhhh..
sgt bagus la sharing pasal semalu nie walaupun ena penah membace mengenai nye.. :)
thanks for sharing lady tak penah baca lagi...
:)
salam...
semoga Allah swt memberikan ganjaran pahala yg berganda kerana menyiarkan entri yg sangat berguna ini..tq
uiii,..ada correlation dgn kita rupanya!
Pernah dgr ustazah citer pasal kisah ni.. :) hehe.. peringatan yg baik utk kita wanita.. :)
nice entry
polo u polo me :)
Post a Comment