hari ini
pada tarikh yang sama cuma berbeza tahunnya
lahirlah mutiara cinta mommy dan daddy
06 May 2009 tarikh keramat
jam 130 tengah hari
kelahiran awak yang amat dinanti
aisy hafiy bin ahmad husaini
membawa makna seorang hartawan yang tinggi budi pekerti
harapan mommy dan daddy
menjadi anak yang soleh
berbakti pada agama, negara dan famili
dengan kelahiranmu
lengkaplah hidup kami
lahirmu membawa rezeki
menjadi penyeri
menjadi penawar
dalam hidup kami sehari-hari
membesarlah dikau
wahai anak
dengan sempurna akhlak
dan bijaksana hendaknya
mommy dan daddy seperti tidak percaya
kejap saja masa berlalu
sudah setahun umurmu
masih terbayang di ruang mata
gelagatmu menendang perut mommy
di kala aisy masih dalam kandungan
masih terngiang di telinga
tangisan pertama aisy
dan pandangan mata aisy
yang terkebil-kebil
tatkala pertama kali melihat mommy
aisy hero kami
walau lahir hanya 2.25kg
tabah, menghadapi pembedahan pertama
tatkala berusia 52 hari
cukup 150 hari,
dewan bedah kali kedua kamu kunjungi
untuk disunatkan
mengubati UTI
dan hari-hari yang berlalu
kadangkala batuk,selsema dan demam yang tinggi
namun aisy tetap hero kami
walau terpaksa ditahan di wad berhari-hari
aisy pagi tadi
bersama kak jiji
penjaga aisy sejak dari habis pantang lagi
dan akan berhenti
bulai julai nanti
mengikut bakal suami berpindah ke negeri jelapang padi
mommy dan daddy masih mencari
di mana nursery
terbaik pada pandangan kami
buat persinggahan aisy
sementara menanti kepulangan mommy dan daddy =D
21 comments:
happy 1st birthday aisy.....
moga membesar bagai johan...
wah..bestnya ina..ari ni besday sendiri, sok besday anak plak..he..he.. ank kita lak sama besday ngn MIL kita..anyway, Happy Birthday Aisy..Peluk cium dari aunty..
semoga aisy menjadi anak yang soleh dah besaq nanti & menjadi ank yang membahagiakan kedua ibu bapa....AMIN
ee..dah besar dah aisy...semoga aisy membesar sebagai seorang anak yang sihat walafiat, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh, taat dan sentiasa membahagiakan kedua ibu bapanya..amin...
Happy besday aisy cayang! moga terus membesar sihat dan kuat! jadi anak yg hebat tuk mommy & daddy ye..! ^_^
*ala siannye..susah hati bab2 nak mencari nursery ni kan..hope bakal berjumpa yg bersesuaian! k!
hepi besday aisy!
semoga menjadi anak yg berjaya dunia akhirat... :)
kejap je setahun...da besar kan our baby...da toddler pun... :)
hepi besday little hero, aisy hafiy... moga menjadi anak yg soleh yang bakal menjadi pemimpin satu hari nanti ....amin...
hepi besday to aisy ...seronok melihat nak membesar di depan mata dengan jaya nya kan ..
kamu ibu yg tabah maka layaknya dengan hero hati kamu ..
smuga aisy sentiasa siht dan terus membesar bagai juara!
yeay
tq aunty ain..
tq aunty noor =D
ekceli, aisy sepatutnya dilahirkan 5/5 (hari bzday ina tu) kebetulan hari check up tu on bzday ina..
doktor tu kata kena scect, terkujat le kita then mintak delay esok sebab nak tunggu mak ina mai dari kedah dulu hihih..
maceh aunty anje =D
ye lah aunty umie, aisy dah besar la..bila aisy leh jumpa aunty lagi nehh? meh la jejalan umah mommy
tq mamalieyna, kem salam kat ayep ehhh =D
ye la auntie nad..kejap je kita dah setahun =D kem salam kat darwish eh
tq aunty ros =D kakak ayra sihat?? kita suka la bzday cake kakak ayra =D
yeay!!! tq aunty smms =D anak dara aunty cute lahhh ^_^
Selamat ulang tahun.. moga berjaya dunia, akhirat..aminnnn
happy 1st birthday hensem boy! Jgn notti2 sgt. Mummy xlarat ligan. Lg satu, jgn lupa mintak adik kt mummy tau. Hehe
Happy birthday buat aisy..
Moge membesar menjadi anak yg soleh.
Seronoknye leh sambut birthday sesame ngan anak kan!.. :)
sorry terlambat tadi petang keluar hehe... aunty lady ucapkan happy birthday untuk aisy... semoga membesar menjadi anak yg solehah... muahss..
:)
Happy B'day Aisy...
Semoga membesar dgn sihat
& menjadi anak yg soleh!!
Post a Comment