hari ni
hari yang sedih buat ina
kerana kehilangan 'anak' tersayang
ibunya, aisyah..salah seorang rakan baikku
di mof
dia meninggal pagi semalam jam 3am
di hospital putrajaya
hospital tak dapat nak mengesan apa sakitnya
sejak dari rabu aisyah nampak
anak kesayangannya itu
lesu dan tak mahu makan
ntah apa silapnya
di bawa arwah ke klinik-klinik buat pemeriksaan
namun doktor bagitau
anaknya sihat, aktif,takde sakit apa
demam sikit pun tidak
sehingga jam 1230am sabtu
ibunya bergegas ke hospital putrajaya
memandangkan arwah hanya tidur dari siang
tak nak makan atau minum
takut kalau-kalau terhidrat
di hospital, ibunya risau menanti di luar bilik kecemasan
doktor tak benarkan ibu di samping arwah semasa rawatan diberikan
tak sama dengan apa kulihat di tv
hospital di luar negara
benarkan waris ada bersama semasa rawatan
aisyah menunggu dengan penuh debaran
dia terdengar di dalam
doktor minta cpr diberikan
eh, apa dah jadi?
sehinggalah doktor keluar
maklumkan bahawa denyutan jantung anaknya sudah tiada,,
****
aisyah, aku kagum sangat dengan ketabahan yang hang tunjukkan
hang masih mampu memangku anak kesayangnya hang
masih kuat memandikan arwah
masih mampu mengucapkan terima kasih pada tetamu yang hadir siang tadi
masih gagah berdiri dan turut serta mengapankannya
jika aku di tempat hang
aku rasa aku tak sekuat dan setabah hang
barangkali meraung
barangkali pengsan beberapa kali
aku selami perasaan hang
aku faham kesedihan itu
kerana kita sama-sama bergelar ibu
arwah lahir hanya beberapa bulan awal dari aisy
tentu hang akan merindukan dia
tentu akan terbayang-bayang kehadirannya
tentu akan terngiang-ngiang gelak tawanya
****
sabarlah sahabat
sekarang ni aku yakin
arwah tengah gembira bermain
dengan bidadari di sana
dan bersabar menanti kehadiran hang
hang bertuah
dia tentu akan tunggu hang di akhirat kelak
dan bawa hang bersama-samanya
masuk ke syurga
dan akan kekal hidup bahagia selamanya
kesedihan ini hanya sementara aisyah
tabahlah diri
kuatlah hati
allah maha kaya
dia tahu hang kuat utk menghadapi dugaan ni
dan sudah tentu balasan yang baik utk hang dan suami
di kemudian hari
****
alhamdulillah
urusan pengebumian arwah
selesai jam 330 petang tadi di kampung halaman
ibu dan ayahnya
di taiping, perak..
aunty tentu akan rindukanmu sayang
kalau berjumpa ibumu
tentu aunty tanya, apa khabar juliet?
romeo aisy tanya bila nak jumpa
aunty dan mamamu juga selalu berlawak
"kami geng sebab kami besan"
aiyah..
tentu sekali jenaka kita
dan lawak kita tu
akan aku ingat
buat selama-lamanya..
jenguk-jenguklah aisy..
anggaplah dia anak hang jua..
buat pengubat rindu hang padanya..
4 comments:
sedihnya.. tak boleh bayangkan macam mana perasaan si ibu.. semoga dia diberikan kekuatan oleh Allah dan semoga roh anaknya tenang di sana...
innalillah hi wainna ilaihiroji'un... sungguh tabah mak baby tu... kalau kak long kat tmpt dia, taktau la...semoga roh arwah dicucuri rahmat.... takziah utk mereka sekeluarga...
salam takziah buat sahabat ina..sedihnye...! moga dia cekal dan tabah menghadapai dugaan Allah..!
masa aku pi umah dia smlm hg dah xde.betul..aku nampak dia kuat.masa aku smpai, jenazah dah disembahyangkan.Aisyah salam dgn sumer org, ucap terima kasih.masa aku salam dgn dia, aku dpt rasa kesedihan dia.kuat betul dia genggam tgn aku masa tu.sedih sgt ina.aku tak leh tahan masa tgk dorg bwk anak dia.tak leh bayangkan kalo aku kt tempat dia.jatuh gak air mata yg aku dok tahan2 masa tu..semoga Allah berikan dia kekuatan & ketabahan
Post a Comment