cerita pasal bos

*entry ni menggunakan 'aku' sebab aku rasa lagi selesa nak bercerita, maaf atas kekasaran bahasa yer..dan ianya panjang,suatu luahan hatiku

sambil-sambil tu diselang seli ngan gambar jamuan raya kat opisku ^_^




aku dapat bos baru lagi..nak kata baru dapat sangat tu takde lah, since end of last month.dia baru habis PHD, so bos aku ni carry DR XXX..bestkan,tak semua orang mampu belajar sampai level tu.


dia ni dah due for gred m54, so aku agak dia tak lama pun ngan unit aku ni..lepas ni sure pindah ke post yg sesuai dengan pangkat dia..

dia bagi aku lain daripada yang lain,walau baru kenal tapi aku selesa kerja ngan dia dan ada beberapa perkara yang cuba aku adapt dalam hidup aku

1st yang buat aku kagum, anak dia 7 orang dan setiap anak dia menghafal al quran.maknanya anak-anak dia akan membantu dia di akhirat kelak dan memimpin dia dan isteri ke syurga, jaminan allah..


aku kagum..dengan cabaran dunia masa kini,dia dan isteri mampu mendidik anak-anaknya.yang pasti semuanya berjaya..berjaya dengan ilmu akhirat dan ilmu duniawi, insya allah..

masih muda dan berpangkat besar namun dia sangat wasatiah..senang sangat bekerja dengan dia. dia tak kisah kalau aku yang sekadar level bawahan ni nak advise sesuatu perkara. dia akan terima dengan terbuka dan appreciate setiap buah fikiran aku.

kalau nak jumpa, jarang sangat dia call aku..dia yang datang bilik aku, jumpa aku di meja serabut aku nih. kalau bos lain, just call and kita yang ketuk pintu bilik dia..


dia tak segan nak pinjam nota-nota cabuk aku buat reference dia..

kalau ada perkara yang ingin dibetulkan, dengan hati-hati dia minta aku pinda.pernah sekali tu dia minta maaf kat aku sebab terpaksa minta aku pinda banyak kali..bagi aku, biasalah tu, sebab ada lagi bos atasan yang akan meneliti setiap surat dan paper so pindaan tu common..but dia rasa segan kerana terpaksa menyusahkan aku..

aku juga berdoa supaya bila sampai masa aku di tahap dia, aku tetap down to earth dengan pegawai bawahan dan staf serta bekerja dengan amanah..


pangkat itu bukan perkara yang perlu dibanggakan kerana lagi tinggi jawatan kita, lagi besar tanggungjawab tersebut. apatah lagi apabila secara langsung keputusan kita dapat mengubah polisi dan dasar negara..banyak yang akan disoal di akhirat kelak..

aku berdoa semoga aku mampu mendidik aisy hafiy dan bakal adik-adiknya macam mana bos aku didik anak-anaknya..dan berharap sangat kalau bukan semua tapi at least ada seorang hafiz/hafizah daripada zuriatku..


k, ini bukan entry membodek sebab tidak mungkin dia dapat akses ke blog / fb aku

6 comments:

Unknown said...

bestnya dapat bos camtu... memang jarang la nak jumpa bos yg camtu...

betul tu, lain bos lain la pe'el dia... nasib2 la kalau dapat yg jenis 'lupa' diri jap. yg mengkulikan staf dia sesuka hati disebabkan dia berjawatan besar...

Lady of Leisure said...

bos mcm tu la staff suka kan... very down to earth. :)

QuEeN Of 2 Heroes said...

lom jumpa lg bos cenggitu..huhu.

Umie said...

alhamdulillah...best nyer..nak gak la kalu ada anak...mcm anak dia tu...

Nur Hawa Mohd Zin said...

suka bos yang friendly..GM tempt awe practikal very happening and friendly and kindly person..

~psstt..body akak nampak macam anak dara..apa rahsia..heheh

tukang karut said...

ehemm2...buat pengetahuan ko..aku la boss ko yg baru tuh!!!

instagram adlinahomemadescrub


up